Aku just nak share accomodation kitaorg sepanjang trip ini. Actually kitaorg bukan pegi 3 negara tau, kalau ikutkan 4 negara sebab Gibraltar dibawah UK bukan Spain. Alang-alang dah sampai Spain singgah ler Gibraltar kejap, walaupun kecik tapi banyak gak tempat menarik. Ramai yang buat day trip, tapi aku decide tidur semalam kat Gibraltar.
Nota: Semua tempahan penginapan aku guna booking.com, tak guna Airbnb.
Granada – Apartamento Familiar Cisne
Apartment ni dekat dengan bus station dan tram station. Overall sangat selesa, cantik dan bersih. Owner plak sangat ramah, proses check in/check out pun senang. Dalam 300m camtu ada Tesco so senang kalau nak beli apa2.
Total rooms: 3
Price: €140.27 untuk 2 malam







Gibraltar – Ocean Heights
Apartment ni jenis duplex. Bilik kat bahagian atas, tangga untuk ke atas agak kecik. Kitaorg just letak beg kat area hall bawah sebab malas nak mengangkat ke atas. Dari apartment ni walking distance aje utk jalan2 town Gibraltar. Paling best kat bahagian bawah bangunan ada kedai halal food. So takyah gi jauh untuk cari makanan. Alhamdulillah.
Location: town centre
Total rooms: 1
Price: £132/night





Tangier – Hotel Mamora Tanger
Actually boleh jalan kaki aje dari ferry port, maybe dalam 10-15 minit. Kitaorg tak tahu sedekat tu, so naik ler taxi hehehehe. Terasa rugi plak duit. Kereta setakat kat bahagian bawah, so untuk ke hotel kena naik tangga sebab area Old Medina tu takde jalan kereta. Jalan tak jauh sangat tapi bila nak bawa beg naik tangga terasa gak ler… Paling best bagi aku sebab nak jalan2 sekitar Old Medina senang.
Location: dekat dengan ferry port, dalam area Old Medina
Room: hotel – quadruple room
Price: €58/night/room


Fez – Riad Dar Skalli
Since dah sampai Morocco, kena ler juga merasa untuk stay kat Riad. Fez dan Marakesh paling banyak Riad. So kalau pegi antara 2 tempat ni cubalah stay kat Riad. Riad yang aku booking ni dalam area Old Medina juga cuma bukan center ler. Kereta tak boleh masuk area ni so kereta kena berhenti kat jalan besar then kena ler jalan kaki skit.
Location: dalam area Old Medina
Room: family suite
Price: €126/night/room



Casabalanca – Relax Hotel Casa Voyageurs
Kalau nak stay hotel yang betul2 dekat dengan train station boleh survey Ibis Hotel. Hotel yang aku stay ni kena jalan jauh skit tapi still ok bagi aku. Sebelah hotel ada shopping complex so nak cari food pun senang. Depan hotel memang sentiasa ada taxi kalau nak ke mana2. Cuma kat sini diaorg guna petite taxi so satu taxi boleh 3 org aje. Kalau ber4 then kena ambik 2 taxi. Kalau taknak naik taxi, boleh pegi area train station dan boleh naik tram untuk round bandar Casablanca.
Location: 10 minit dari train station Casa Voyageurs
Room: twin room
Price: MAD497.12/night/room
Lisbon – Charming Alfama Apartment
Since aku plan nak ke Porto (day trip), aku memang cari accomodation yang dekat dengan strain station. So Santa Apolonia adalah one of train station yang senang untuk aku pergi ke Porto. Kalau nak naik metro atau bas pun senang area ni. Alfama adalah salah satu main area kat Lisboa so agak senang untuk buat Lisboa city tour.
Note: kawasan ni berbukit so bertabahlah untuk berjalan area ni. Mencungap juga ler heheheh
Location: near to Lisboa Santa Apolonia train station
Room: 2 rooms
Price: €167.40 (2 nights)




Seville – Apartmento Santa Justa
Apartment ni bukan tengah bandar Seville. Aku pilih dekat dengan Santa Justa sebab dalam itinerary aku akan ke Cordoba (day trip) dan dari Seville juga aku akan ke Madrid so agak senang untuk naik train tanpa perlu naik metro atau taxi ke train station.
Location: near to Santa Justa train station
Room: 2 rooms
Price: €151 (2 nights)




Madrid – Hotel Mediodia
Sorry sangat sebab aku tak ambik gambar bilik hotel ni. kitaorg check in pagi tapi tak boleh masuk bilik lagi. Lepas balik Toledo dah malam, masa masuk bilik just pikir nak tidur aje.
Location: near to Atocha train station
Room: Quadruple room
Price: €121.65/night

Bercelona – Barcelona Sants Station Apartments
Kedudukan apartment ni sebenarnya agak jauh juga dari train station. Lepas tu bangunan apartment agak tersorok. Tapi kalau nak jalan2 bandar Barcelona, apartment ni dekat dengan metro station dan bus station.
Location: 15-20 minit from Barcelona Sants train station
Room: 2 rooms
Price: €109.37/night




Secara keseluruhannya harga accomodation aku bukanlah murah sangat. Kalau jenis nak jimat korang kena cari lagilah option lain. Paling penting aku cari accomodation yang senang nak access train station dan public transport lain. Selain daripada tu aku tengok area sekitar ada supermarket tak kot2 ler nak beli apa2.
Nota: TQ Mcha sebab sudi share gambar. Next time aku kena consistent untuk ambik gambar accomodation. 🙂
Till then c u in my next journey, Insya Allah…..
3 comments