Autumn Trip 2019: Portugal – Porto

~31 Oct 2019~

dscf9048-1

Kami mulakan journey di Portugal ni dengan buat day trip ke Porto dari Lisbon. Awal pagi sebelum matahari terbit dah gerak ke St Apolonia Train Station. Apartment yang aku booking memang dekat dengan train station tu sebab senang kalau nak keluar awal pagi atau balik lewat malam, jalan kaki aje.

img_5227

Train ticket dari Lisbon ke Porto kitaorg beli kat kaunter aje. Naik speed train Alpha Pendular pukul 7am. Dari St Apolonia Station ke Porto Campanha kitaorang naik 1st Class, ini aje yang tinggal masa tu hehehe. Tiket balik plak dari Porto Campanha ke St Apolonia Station kitaorang naik 2nd class.  Harga return ticket €67.50/pax. Perjalanan dari Lisbon lebih kurang 3 jam, boleh ler kalau nak tidur kejap.

dscf8940-1

Since naik speed train so tak stop kat Soa Bento Station. Bila sampai Porto Campanha kena ambik train lain kat landasan sebelah ke Soa Bento. Boleh guna tiket yang sama.

dscf8949-1
porto campanha station

dscf8970-1

Cuaca tak berapa cerah hari ini, mendung dan hujan dari pagi. Sampai di Soa Bento Train, jangan lupa untuk ambik gambar keunikan train station ni. Bumbung dan dinding di station ni dihiasi dengan blue tiles bergambar. Actually Porto dikenali dengan hiasan blue tiles. Kebanyakan bangunan kat sini mesti ada hiasan tiles yang menarik.

dscf8976-1

dscf8987-1

dscf8981-1

fullsizerender-1

Keluar aje dari train station tengok berderet kedai souvenier. Kitaorg stop ler kejap cuci mata since Fazu & Hazilah pun nak cari postcard dan pos ke Msia. Kat sini ada design postcard yang cantik lain dari yang lain. Aku tak sure harga souvenier kat Porto murah atau tak dari Lisbon. Tapi kat sini banyak pilihan sampai rambang mata.

Haaa.. nak inform awal2 yang keadaan muka bumi kat Porto ni adalah berbukit. So bila city tour tu faham2 aje lah ya, turun naik bukit. So make sure pakai kasut yang sesuai.

img_5255
beginilah muka bumi porto

 

Apa yang menarik kat Porto selain dari Soa Bento Station?

Livraria Lello

Siapa peminat Harry Potter mesti ke sini. Selain daripada sebuah kedai buku tertua, Livraria Lello ini terkenal disebabkan J.K. Rowling, penulis buku Harry Potter.  Tarikan lain ialah keunikan rekabentuk dalaman kedai ini yang cantik. Jangan terkejut kalau kena beratur panjang untuk masuk sini.

img_5281
bukan senang nak ambik gambar kat sini… ramaiiii
dscf9228
sangat unik dan cantik

Sebelum masuk sini kena beli tiket dulu kat kedai hujung skali (coner lot) sederet kedai buku ni. Harga tiket €5/pax. Tapi kalau korang beli buku, then harga buku akan tolak €5, so macam masuk free ler. Aku tak beli apa2, sekadar visit dan bergambar. Visitor kat dalam memang sangat ramai so bertabah ler kalau nak bergambar. Aku sampai sini pun dalam lunch hour so aku rasa memang peak hour masa tu. Aku paling kejap duk dalam ni compare gan kawan-kawan aku since aku memang takleh tahan lama-lama kat tempat sesak. Sib baik kat area locker beg tu ada tempat menunggu.

Just nak inform, korang kena simpan beg kat locker sebelum masuk ke Livrario Lello.  Locker bag kat bahagian belakang kaunter tiket tu.  Sorry sangat sebab tak dapat share gambar huhu. Aku rasa aku dah transfer semua gambar dari memory card tapi bila tengok kat folder gambar Portugal macam sikit aje…. kemanakah menghilangnya? Aku anggap takde rezeki dan maybe alasan untuk pegi Portugal lagi sekali hehehehehe. So aku just share gambar mana yang ada aje.

 

Luis I Bridge

Tak sah kalau pergi Porto tak ambik gambar bridge ni. Ada laluan tram dan pedestrian kat bridge ni. Kalau ambik gambar bridge dari bawah pun cun tapi kitaorg just jalan kat atas aje.  Cuaca masa tu dah start hujan dan sejuk. So makin lama, bridge tu diselaputi kabus.

img_5348

fullsizerender

img_5328
laluan tram dan pedestrian
img_5331
kalau ada masa dan rajin boleh turun dan jalan kat tepi sungai tu

 

Bridge ni tak jauh sebenarnya dari train station dalam 5 minit aje kalau jalan kaki. Kat bawah ni aku share gambar map untuk korang.

luis 1 bridge

 

Basically kitaorg just walking around. Pastu berhenti bergambar kalau jumpa tempat cantik. Tempat yang betul-betul kitaorg nak pegi 2 tu aje.  Bila dah hujan dan sejuk slalunya mood nak jalan pun berkurangan kan…

img_5265
konon bergambar gan CR7 hehehe

Kitaorang ada gak singgah Hard Rock Cafe Porto kejap. Solat plak tumpang kedai makanan halal yang kitaorg stop untuk lunch. Agak limited pilihan halal food restaurant kat sini. Kalau takmo pening then bawa ler bekal.

Sampai di Lisbon dah gelap, pastu kena naik bukit lagi untuk sampai ke apartment. Nampak dekat aje dari train station tapi sebab berbukit, mencungap jugalah hahahaha…

Till then c u in my next journey, Insya Allah…..

 

 

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s