Weekend getaway: Jonker Boutique Hotel, Melaka

~ 8 Ogos 2020 ~

Entry kali ni aku nak share pasal hotel yang aku stay masa pegi Melaka ari tu. Pegi ke Melaka kerana memenuhi jemputan majlis perkahwinan Ikhwan. Pantang keluar daerah, terus pikir nak check in. Alang2 dah sampai Melaka walaupun dah ntah ke berapa kali ke Melaka hehehehe. Ini dinamakan “2 in 1”.

Bila Ikhwan whatsapp aje jemputan kahwin dia terus aku buka booking.com. Amat jarang skrg ni aku booking mana2 apps related to travel. Password apps AA pun aku boleh lupa.

Lepas survey beberapa hotel, aku decide untuk booking Jonker Boutique Hotel.

DSCF2177-1

Reason?

  1. Tengah bandar
  2. Terletak kat Jonker Street
  3. Walking distance ke mana2 so takyah bawa kereta
  4. Hotel ni ada option family room yang sangat luas
  5. Tradisional look.. senibina rumah Baba & Nyonya

Aku pilih bilik yang ada 2 queen bed untuk 2D1N. Harga bilik RM342/night. Aku rasa bilik ni sangat luas dan selesa untuk family.

IMG_8590-1
IMG_8597-1
toilet dia sangat luas… shower kat dalam pintu kaca tu
IMG_8598-1
takde wardrobe, just hang aje

Kedudukan hotel ni kat entrance ke Jonker Street. Bukan entrance yang dekat gan jambatan tu ya, the other side of entrance. Keluar aje dari hotel terus masuk area Jonker night market.

DSCF2185-1
area ni betul2 depan hotel

Risau tempat makan? Honestly area jonker ni memang agak terhad pilihan halal food. Kena jalan skit ke area Melaka River Cruise, Insya Allah kat situ ada beberapa pilihan.  Tapi kalau malas nak keluar, sebelah hotel ada KK Mart. Depan hotel ada Family Mart. Restoran yang paling hampir gan hotel boleh try Noah Art Cafe. Tapi masa aku pegi ni cafe tu tutup. Aku tak sure sebab Covid-19 ataupun malam Ahad tu memang cafe tutup.  Owner cafe hanya tampal notis tutup aje tapi tak mention reason tutup.

DSCF2231-1
Family Mart seberang jalan aje
DSCF2227-1
night market
DSCF2191-1
Noah’s Art Cafe kat area masjid ni
night view area Melaka River

Masa aku check-out, staff situ inform yang next time kalau aku order direct gan hotel boleh dpt 10% diskaun, untuk repeat customer. Sukaaaa… tapi bila plak aku nak repeat ke Melaka yang sentiasa jem ni hehehehe.

DSCF2180-1
lobi hotel
IMG_8587-1
tempat parking kat area belakang hotel

Overall aku bagi 5* hotel ni. Tapi ini personal rating aku ya. Setiap pengalaman mungkin berbeza bagi setiap individu.  Kena mention ni satgi orang salahkan aku plak kalau tak best duk sini. hehehe Staff pun sangat friendly dan paling best aku dapat check ini awal walaupun weekend. Maybe tak ramai kot time covid ni.

Hopefully entry aku ni bermanfaat kot2 korang pening nak stay kat mana bila ke Melaka. Aku try avoid hotel biasa sebab dah terlalu biasa….. 😉

Till then c u in my next journey, Insya Allah…..

Leave a Reply