Autumn Trip 2019: Portugal – Lisboa

~ 1 Nov 2019 ~

Ada orang sebut Lisbon, ada yang sebut Lisboa. Mana-mana pun boleh. Aku suka nak tulis Lisboa, konon2 macam lain skit ler hehehehe.  Masa kitaorg sampai kat aiport, kitaorg terus beli 1 day Lisboa Card untuk city tour di Lisboa. Kad ni cover transportations, attractions & discount. Korang kena study ler skit coverage card ni.  Kitaorg guna kad ni mostly untuk tram dan bas. Harga kad tu €20 untuk yang 24hours. Boleh check kat website ni kalau nak tahu info lanjut –> klik SINI.

lisboa-card-400
bila nak guna kad tulis tarikh dan masa kat atas kad tu

2nd day di Portugal baru kitaorg guna kad ni utk round sekitar Lisboa city. Lepas balik dari Porto malam tu, kitaorg pun mula berdiskusi plan nak ke mana esoknya. Tempat menarik memang dah ada tapi kena gak pikir bila nak keluar dan nak ke mana dulu. Memandangkan nak check out by tengahari so kena ambik kira mana nak letak beg kalau nak buat city tour.

Tram 28

img_5382

Hasil study pamplet kad Lisboa, kitaorang decide naik Tram 28 since tram ni start pukul 7am. Tram 28 ni sangat glamer dikalangan tourist. So don’t miss it!.  Bila lagi nak merasa naik tram kat Lisboa. Amat digalakkan untuk ambik trip awal pagi atau lewat petang kalau tak nak bersesak ramai-ramai. Lepas breakfast dalam pukul 6:30am kitaorg terus keluar tunggu bas di bus stop area St Apolonia Station.  Dari situ turun di Martim Moniz. Dari area korang turun dari bas tu kena jalan kaki skit untuk ke 1st station tram kat Martim Moniz. Kitaorg guna google map aje.

Korang make sure cari tram no 28 tau. Tu sebab nama dia Tram 28, so kalau nak google info pasal tram ni just search Tram 28. Memandangkan pagi tu tak ramai orang so kitaorg suka2 hati pindah tempat duduk mana yang rasa best. hehehehe. Korang boleh stop kat mana2 pit stop kalau nak turun jalan2. Kitaorg decide just enjoy the ride tanpa turun.

tram kosong diawal pagi
jalan kosong, kedai masih tutup

Torre de Belem (Tower)

Lepas abis satu round naik Tram 28, kitaorg pegi Belem Tower plak. Naik bas aje dari area Martim Moniz tu.  Kitaorg banyak menggunakan google map aje untuk cari info pasal transport sebab depends korang masa tu kat area mana. So no bas atau tram maybe berbeza depends pada location korang.

Tram: line 15.
Bus: lines 27, 28, 29, 43, 49, 51 and 112.
Train: Belem, Cascáis Line.

Dari bus station yang kitaorg turun kena jalan kaki dalam 15-20 minit juga untuk sampai ke Belem Tower. Tapi on d way ke Belem Tower kitaorg singgah Padrao dos Descobrimentos di tepi sungai Tagus. Aku tak reti nak pronounce nama tempat ni hahahaha tapi ala2 macam tugu negara camtu. Dari sini boleh nampak 25 de Abril Bridge tapi masa kitaorg sampai area ni cuaca tak berapa nak cerah, nampak sayuppppp aje bridge tu.

Masa sampai kat Belem Tower, tourist agak ramai sini. dari jauh dah nampak banyak bas kat area parking. Kitaorg bergambar kat area luar aje tapi kalau korang berminat boleh masuk dalam tower tu. Kalau ada Lisboa Card boleh masuk FOC.

ramai tourist walaupun awal pagi
on d way tu nampak plak topi harrypotter ni.

Lepas abis visit Belem Tower kitaorg terus gerak balik ke apartment. Ngam2 sampai dalam 11:30am. Kemas apa yang patut pastu terus check out. Sebelum sambung city tour kitaorg letak beg kat dulu kat luggage storage dekat area apartment tu. Actually tempat tu kedai tapi owner kedai buat service luggage storage, dia charge €5/bag untuk satu hari.

ni kedai tempat kitaorg simpan luggage

Monumento Nacional Carris

Tempat ni kitaorg jumpa secara kebetulan. Masa tu singgah Hard Rock Cafe Lisboa, sementara tunggu Fazu & Hazilah settle beli barang2 HRC aku pun duk kat luar HRC. Sambil2 ambik gambar aku terpandang kat seberang jalan tu macam ramai orang pastu nampak tram kuning. Aku gan Mcha pun apa lagi kitaorg decide untuk pegi tengok apa yang ramai kat situ.

Bila sampai dekat rupa-rupanya orang ramai tu duk bergambar dengan tram. Aku ingat tram tu tak jalan tapi actually boleh naik tram untuk pegi atas bukit. Aku tak sure kat atas bukit tu ada apa, rasanya macam church dan mungkin viewpoint untuk tengok Lisboa.

Korang kalau datang Lisboa carilah tempat ni sebab korang boleh ambik gambar tram close up kat sini. Alhamdulillah terjumpa tempat ni. Cari HRC then korang tengok seberang HRC tu tau…

dari sini korang boleh nampak HRC seberang tu
tram tu naik atas bukit
icon Lisboa

Mezquita Central de Lisboa

Lepas bergambar dengan tram, kitaorg gerak ke Mezquita Central de Lisboa untuk solat jamak Zuhur Asar. Metro station dekat aje dari tempat tram tu, untuk ke masjid turun di metro station Soa Sebatio.

Lepas keluar dari station jalan terus aje. Kiri kanan jalan sepanjang nak ke masjid ada beberapa kedai makan halal, kedai runcit, kedai baju muslim. Masjid kat Lisboa ni besar sangat, aku imagine kecik aje. Alhamdulillah dapat visit area komuniti orang Islam di Lisboa.

masjid ni betul2 kat simpang 4
entrance masjid
bahagian bawah.. aku ambik dari ruang solat muslimah
kat hujung tu ada kelas mengaji Al-Quran

Selepas selesai solat kitaorg terus naik metro semula untuk ambik luggage. Simple aje city tour kitaorg since next flight ke Seville pukul 5 dari Lisboa. So next journey kitaorg ialah masuk semula ke Spain. To be continued…..

Till then c u in my next journey, Insya Allah…..

One comment

Leave a Reply