Autumn Trip 2019: Spain – Cordoba

~ 2 Nov 2019 ~

Cordoba satu nama yang sangat sinonim dengan Spain. Siapa yang tak pernah dengar nama Cordoba, Insya Allah kebanyakan orang muslim pasti biasa dengar nama tu. Apa yang membezakan kita hanya samada telah sampai atau belum sahaja ke Cordoba. Selain dari Granada, Cordoba adalah tempat favourite aku dan ini adalah kali ke-2 aku ke sini. Alhamdulilah…

Pagi tu kitaorg takdelah kuar awal sangat since malam sebelum tu sampai di Seville pun dah malam. Memang Fazu ambik timing lewat skit supaya boleh rest skit pagi tu. Kitaorang naik Train dari Seville pukul 8:50am dan perjalanan ke Cordoba dalam 40-45 minit. Apartment yang kitaorg stay pun dekat aje dengan Santa Justa Station, so jalan kaki aje ke train station.

Seville Santa Justa

Train: RENFE
Harga: €27.95/pax return

Lokasi pertama kami di Cordoba ialah Madinat Al-Zahra. Dari Cordoba train station kitaorg naik taxi aje. Tambang satu taxi €17 untuk sehala so oklah untuk 4 orang. Jarak plak perjalanan dalam 20 minit. Kalau nak jimat masa lebih mudah naik taxi. Aku ada baca yang boleh naik bas dari Cordoba tapi korang kena follow timing. Aku ni kalau bab2 ada timing ni rasa stress skit sebab tak tahu berapa lama nak spend kat Madinat Al-Zahra tu.

Taxi drop kitaorg kat area parking muzium Madinat Al-Zahra. Korang masuk dulu tau dalam muzium dan tengok tayangan video pasal sejarah Madinat Al-Zahra di zaman kegemilangan Islam. Lepas tengok video kitaorg keluar semula ke area parking untuk pergi ke area arkeologi. Jangan risau, diaorg sediakan shuttle bas dari area muzium tu.

jalan nak masuk ke muzium & auditorium
entrance ke auditorium untuk tgk video
shuttle bas kat area parking

Entrance arkeologi Madinat Al-Zahra – €1.50/pax
Shuttle bus – €2.50/pax (beli dan bayar kat driver)

Make sure jgn hilang dua2 tiket tu ya. Once dah masuk area arkeologi tu korang slow & steady ler explore dan hayati peninggalan Madinat Al-Zahra. Kenapa kena tengok video dulu? sebab bila korang jalan2 kat area arkeologi at least korang dapat gambaran kawasan yang korang visit. Ini kali pertama aku visit area arkeologi. Masa 1st time datang, area ni tutup so masa tu aku just tengok video dan round area muzium aje. Tak perlu risau cara untuk explore Madinat Al-Zahra, korang ikut aje sign anak panah. Insya Allah akan cover semua tempat.

Once dah settle explore Madinat Al-Zahra, kitaorg gerak ke Cordoba city. Memandangkan takleh cakap Spanish then kitaorg minta tolong staff information kaunter kat area muzium untuk call taxi. Kitaorg drop betul2 kat area Mezquita Cordoba. Lepas tu jalan-jalan area Roman Bridge. Enjoy view dari hujung sampai ke hunjung. Since sampai sini time tengahari so cuaca agak panas, nak bergambar pun cam malas. hehehehe

roman bridge
mezquita dr roman bridge

Dah penat berjalan kat bridge kitaorg cari kedai makan dulu. Alhamdulillah jumpa halal restaurant kat area old city tu. Korang google dan follow google map sebab susah nak explain atau bagi direction. Sementara tunggu makanan, kitaorg minta permission dengan owner untuk solat kat kedai dia. Actually kitaorg tanya tempat solat tapi owner yang suggest solat kat kedai aje. Ruang memang agak sempit so kitaorg solat atas kerusi aje.

lunch kat sini
sedap!

Solat sudah, makan pun sudah so baru senang nak sambung jalan. Next is a MUST SEE place in Cordoba… Mezquita Cordoba.

Mezquita Cordoba adalah salah satu masjid yang ditukar menjadi gereja selepas kejatuhan Islam di Spain. Paling unik adalah senibina mezquita ini almost similar dengan Masjid Nabawi. AKu rasa itu antara sebab mezquita ni menjadi tempat tarikan pelancong.

Entrance fee mezquita €10/pax. Tidak seperti Alhambra, entrance ticket di sii boleh beli on the spot di kaunter. Cuma antara panjang atau pendek aje Q kat kaunter. Alhamdulillah masa kitaorg pegi tak panjang sangat Q.

Perasaan aku ketika berada dalam mezquita ini adalah sama bila masuk Alhambra. Cuma mezquita ni lebih pada rasa sedih terutama bila peninggalan Islam telah bercampur dengan senibina gereja. Alhambra sebuah istana, manakalah mezquita adalah masjid pada asalnya. So of course lagi sedih bila berada dalam ni.

Bell Tower.. aku tak naik

Lepas abis round mezquita kitaorg jalan2 kat area old city tu cari souvenier untuk diri sendiri. Lepas dah ‘abiskan duit’ kitaorg gerak ke train station dengan taxi. Tix train dah siap2 beli return ticket, just make sure tak terlepas timing train aje.

Alhamdulillah selesai day trip ke Cordoba dari Seville. Balik dari Cordoba terus round bandar Seville.

Till then c u in my next journey, Insya Allah….

6 comments

Leave a Reply