Ini sebenarnya entry terakhir utk trip Spain aku yang dah lama tertangguh. Setahun lebih juga lah untuk aku sambung semula entry ni. Sebenarnya cuba cari semangat memandangkan 2 tahun dah tak keluar negara. Rindu sangat-sangat sebenarnya. Semoga tak lama lagi kita semua boleh fly semula. Insya Allah.
~3 Nov 2019~
Sebelum subuh kami terus bersiap untuk check out. Walaupun apartment dekat dengan train station tapi kalau berjalan kaki penat jugak ler. heheheh Kitaorg plan untuk solat subuh di train station aje, so takdelah terkejar-kejar.
Masa tengah berkemas-kemas lepas dah selesai solat, tiba-tiba Hazilah tak jumpa handphone dia. Rupa-rupanya tertinggal kat dalam apartment. tapi nak buat macam mana sebab train pukul 7am, masa tu dah nak gerak. Pastu kunci apartment plak dah tinggal dalam apartment. Kunci entrance building skali dengan kunci apartment so memang tak boleh nak masuk. Aku hanya mampu message owner apartment dan inform dia yang ada handphone tertinggal. Minta owner untuk pegang dulu sementara kitaorg pikir next solution.
Sian Hazilah, terus mood dia hilang dah ler semua gambar dalam handphone. Alhamdulillah masa ni kitaorg lagi 2 hari nak balik KL. Kira dah penghujung trip. Akhirnya kita teruskan perjalanan ke Madrid.
Train dari Seville (Santa Justa) ke Madrid (Atocha)
Harga tiket: €29.85
Dalam pukul 10am sampai ke Madrid. Keluar aje train station Masya Allah sejukkkkkk sgt. Maybe angin pagi kot, so bertahan aje ler. Plan kitaorg untuk round Toledo dulu, so dari train station terus ke hotel untuk tinggalkan beg. Train ke Toleda pukul 12:20pm so sementara nak tunggu train round area dekat gan hotel dan train station. Perjalanan Madrid-Toledo hanya mengambil mas 30 minit aje. So senang untuk buat day trip.
TOLEDO
Toledo adalah salah satu peninggalan bandar Andalusia. Antara keunikan Toleda selain daripada sejarah Andalusia ialah kedudukan bandar ini yang dikelilingi air. Sangat cantik view Toledo dari viewpoint. Kitaorg naik HOHO aje untuk round Toleda. Tiket HOHO Fazu beli online dalam train masa on d way dari Madrid Seville ke Madrid. Tak perlu jalan jauh, tempat menunggu HOHO depan entrance tu aje.
Actually boleh sesat kalau nak explore bandar ni dan mostly orang explore dengan jalan kaki. Tempat solat memang tak jumpa kat sini so carilah tempat yang sesuai untuk solat. Tempat makan plak ada halal food restaurant kat area centre. Cuma agak ke bawah skit dari main area kedai2 makan non halal.
Antara kenangan yang paling diingati ialah bila kitaorg lalu di lorong-lorong antara bangunan, kitaorg berempat kena najis burung. Habis baju, beg, tudung… masa tu terpikir macam mana nak solat ni huhuhu. Alhamdulillah pakai jaket so at least tak kena baju bahagian dalam. So berhati-hatilah kalau korang lalu kat lorong ni. Maybe kena buka payung kan walaupun tak hujan… hehehehe. Stok wet tissue memang abis sebab bersihkan najis untuk 4 orang.
Actually masa tu mood dah tak berapa nak berjalan sebab pikir baju yang dah terkena najis dan macam mana nak solat. Alhamdulillah masa beli lunch, Mcha perasan ada kedai orang muslin depan tu. So Mcha beli tudung lain dan baju lain. Mcha antara yang paling teruk kena najis. Aku kena kat tudung dan backpack aku, adalah sikit kena kat jaket. So masa solat just kena buka jaket dan tudung. Aku pinjam telekung Hazilah. Penting gak rupanya bawa spare telekung untuk kes emergency camni.
Dah selesai solat baru lega so kitaorg teruskan jalan-jalan tapi sebenarnya dah tak tahu kat mana dah. Dalam jalan2 tu ternampak plak flying fox. Mcha aje yang naik flying fox, lagi 3 orang tengok dari jauh aje. Lepas abis tu kitaorg tunggu bas HOHO sebab dah tak larat nak jalan kaki untuk ke main center. Kalau korang beli tiket HOHO ni senang, naik turun aje bape kali nak untuk sehari.
Antara view dari HOHO.

Tiket balik kitaorg pukul 8:25pm, masing-masing dah kepenatan dan kesejukan. Masa tu rasa nak cepat aje sampai Madrid. Paling penting hotel dekat dengan train station so senang dan cepat nak sampai hehehe. Memandangkan dah penat so dinner ala kadar aje dalam bilik.
Bagi aku Toledo ni sebuah bandar yang unik. Keadaan mukabumi kat sini berbukit so make sure pakai kasut yang sesuai. Dalam bandar memang kena jalan kaki, adalah kenderaan macam tram untuk round tapi aku tak tahu setakat mana coverage kenderaan tu.
Kalau betul2 nak explore better sampai Toleda belah pagi so at least banyak masa dan boleh relaks skit.
Till then c u in my next journey… Insya Allah.
One comment