Autumn Trip 2019: Morocco – Casablanca

~29-30 Oktober 2020~

Dari Fez kitaorg gerak ke Casablanca. Nama Casablanca ni sangat glamer, bila sebut pun macam best aje kan? Naik train pukul 1.40pm dan perjalanan mengambil masa dalam 3.5jam. Aku ada mention dalam entry sebelum ni yang tiket train kitaorg beli kat kaunter train station Fez. Kitaorg naik train ONCF dan pilih 1st class seat  (MAD165/pax).

dscf8651-1

1st class seat ONCF boleh muat 6 org. Dari Fez kitaorg ber4 aje tapi bila sampai Rabat, naik lagi 2 org. Agak pack bila dah ber6 dengan 4 beg besar kitaorg lagi.  Kena pandai susun sebab takde ruang untuk beg sangat. Alhamdulillah yang lagi 2 org tu bukan tourist macam kitaorg so tak bertambah beg besar hehehe.

img_5121
bawah meja tu antara tempat kitaorg letak beg

Train station kat Casablanca cantik dan amat besar, ala2 airport. Nama train station tu Casa Voyageurs, jangan salah turun ya. Kitaorg jalan kaki aje ke hotel dalam 10 minit. Ada 2 hotel yang betul2 depan train station iaitu Ibis dan Hotel Al Walid. Aku pilih hotel Relax Hotel Casa Voyageurs.  Antara sebab aku pilih hotel tu adalah sebab harga. Lagipun still walking distance.

dscf8679-1
train station

Dari train station kitaorg terus ke hotel untuk check in. Lepas check in kitaorg terus keluar semula sebab nak ke menikmati sunset di Hassan II Mosque. Inilah akibatnya tengok banyak sgt gambar kat IG hehehe. Tapi memang sangat cantik view Hassan II Mosque waktu senja, korang patut pegi time lepas asar pastu tunggu sampai sunset.  Kitaorg ada waktu yang sangat pendek masa sampai Casablanca untuk keje waktu sunset tapi dalam hati tak putus2 berdoa.

Kitaorg decide naik taxi dan disebabkan kat sini namanya Petit taxi so hanya boleh muat 3 org aje satu taxi. Staff hotel tolong kitaorg untuk communicate dgn taxi drive. Memandangkan kitaorg ber4 then ambik 2 taxi. Masa dalam taxi aku berdebar sangat sebab ruang waktu yg ada sangat singkat untuk aku menikmati sunset. Ditambah plak dengan kesesakan jalan. Aku gan Mcha sampai ngam2 ler almost nak Maghrib. Boleh tengok sunset bukan menikmati.

dscf8841-1
jalan agak jem masa nak pegi masjid sebab ada jalan yang dalam contsruction
dscf8700-1
masa sampai dah nak maghrib

dscf8712-1

dscf8809-1

dscf8741-1

dscf8743-1

 

 

Malam tu kitaorg abiskan masa sekitar Hassan II Mosque. Kitaorg solat jamak Maghrib dan Isyak kat sini. At least nak merasa solat dalam masjid ni. Masya Allah masjid ni sgt cantik dan besar. Fazu & Hazilah balik dulu ke hotel. Aku gan Mcha stay lagi sebab aku nak cari spot gambar yang slalu kuar kat instagram. Alhamdulillah jumpa spot tu dan kebetulan terjumpa juga 2 org lelaki Msia yang on d way nak ke airport ambik gambar kat spot tu. Aku balik dengan senyuman sebab impian nak ambik gambar kat spot yang glamer tercapai.

dscf8804-1
inilah spot gambar yang diidam-idamkan

Esoknya lepas breakfast kitaorg jalan2 naik tram sekitar bandar Casablanca. Lepas tu singgah Old Medina kot2 jumpa souvenier menarik untuk dibawa pulang.  Medina kat Casablanca ni tak berapa menarik. Aku suka lagi medina kat Fez dan Tangier, nampak lebih tradisional.

dscf8869-1
kad untuk naik tram. ada mesin kat sebelah tram stop.
dscf8856-1
tram di Casablanca
dscf8912-1
tempat menunggu
dscf8893-1
depan tu Medina

Lebih kurang pukul 12pm  lebih kitaorg gerak ke airport untuk ke Lisbon. Flight kitaorg pukul 4.40pm dan dijangka akan sampai Lisbon dalam pukul 5pm waktu Lisbon.

Till then c u in my next journey, Insya Allah….

 

 

3 comments

Leave a Reply