Autumn Trip 2019: Morocco – Fez

~29 Oktober 209~

Time to explore Medina of Fez….

Why Fez not Marakesh? Jawapannya ialah…. kitaorg tak cukup hari untuk explore banyak tempat kat Morocco. Trip ni cover 3 negara so terpaksa ler pick and choose. Since Fez tak sejauh Marakesh so itulah sebab kitaorg pilih Fez. Dua2 ada keunikan tersendiri cuma Marakesh terkenal untuk siapa yang nak ke Gurun Sahara. Morocco ni besar actually so klu betul2 nak explore then buat trip Morocco aje.

Lepas solat subuh dan kemas beg, aku dan Mcha naik ke rooftop dulu. Sejuk sangat cuaca pagi tu, tapi tahan ajelah sebab nak tgk sunrise. Tenang aje tengok view sekitar Fez dari atas. Alhamdulillah dapat tengok sunrise yang sangat cantik pagi tu. Subhanallah….

dscf8236-1

Dah dapat tengok sunrise, kitaorg turun breakfast dulu. Malam sebelum tu dan request dari owner Riad untuk breakfast awal skit sebab kitaorg nak keluar jalan2 area Medina awal skit. Kitaorg boleh explore Fez sampai pukul 1pm aje sebab lepas tu nak gerak ke train station untuk ke Casablanca.

img_5040
jarang2 aku ambik gambar food

Walaupun mempunyai masa yang singkat, kitaorg dah list beberapa tempat yang kitaorg nak pegi. Alhamdulillah semua tempat tu dapat pegi cuma ada satu aje tempat yang kitaorg takleh masuk atas sebab tertentu. Nanti aku explain kat bawah ya….

Blue Gate

Destinasi pertama adalah Blue Gate. Jarak dari Riad dalam 8-10 minit berjalan kaki. Ia juga dikenali sebagai Bab Boujloud. Pintu ni dibina pada tahun 1913 dan dihiasi dengan mozek bewarna. Warna biru dapat dilihat bila kita nak masuk ke dalam medina, dan bitu tu melambangkan colour of the city of Fez. Warna hijau plak dapat dilihat bila kita nak keluar dari medina, dan ia melambangkan warna Islam.

Tak semestinya untuk masuk Medina dari gate ni aje. Ada banyak entrance so boleh aje masuk dari mana2. Walau dari arah mana korang masuk, once dah dah berada dalam Medina… just get lost hehehehe.

dscf8296-1

dscf8288
blue mosaic
dscf8276-1
green mosaic

 

Bou Inaina Madrasa

Kedudukan madrasa ni dalam area Medina. Tapi aku tak tahu nak explain macam mana nak cari entrance ke sini. Kitaorg mmg bergantung gan offline map. Mula2 jumpa entrace yang tutup lepas tu ada org local tunjuk jalan ke entrance lain. Bayaran masuk dikenakan sebanyak MAD20/pax. Siapa peminat architecture mesti suka tempat ni. Agak ramai juga orang masa ni. Terasa sejuk aje masuk dalam ni.

Aku rasa madrasa ni besar cuma maybe tempat yang boleh dilawati adalah terhad. So tak ambil masa yang lama untuk visit tempat ni.

img_5045
pintu pertama yang kitaorg jumpa

dscf8332-1

dscf8321-1
entrance Bou Inaina

dscf8355-1

dscf8412-1

dscf8384-1

dscf8346-1

 

Al-Tarrine Madrasa

Al-Tarrine Madrasa lebih kurang sama dengan Bou Inaina Madrasa. Masa zaman dulu Fez adalah salah satu tempat tumpuan orang Morocco menuntu ilmu. Kebanyakan madrasa di sini lengkap dengan tempat belajar, tempat penginapan dan tempat solat. Entrance fee yang dikenakan ialah MAD20/pax.

Senibina madrasa ni lebih kurang seperti Bou Inaina juga… Islamic architecture. Madrasa ni 2 tingkat so jangan lupa naik bahagian atas ya. Area yanng kita boleh explore tak besar sangat sama macam Bou Inaina.

dscf8600-1

dscf8566-1

dscf8604-1

dscf8561-1

dscf8609-1

 

Tannery

Tak sah kalau sampai Fez tak singgah area Tannery.  Aku dah jot down nama tempat tannery yang glamer tu… Chouara Tannery, tapi bila search dalam offline map tu jarak tempat tu agak jauh dari Fez Medina. So aku tak tahu mmg betul tempat tu jauh atau aku yg salah. 2/3 kali try then kitaorg surrender sebab ada satu lagi tempat penting dalam list yang wajib pegi iaitu universiti tertua yang beroperasi…. Al-Qawariyyin.

Masa kita duk jalan dalam Medina utk ke Al-Qawariyyin, tak sure sape antara kitaorg yang ternampak signboard tannery kat satu lorong.  Ada sorang mamat tu aku rasa memang kerja dia untuk mencari visitor duk promote.

Bila masuk aje area tannery tu, Masya Allah mmg tak boleh tahan gan bau. Aku almost rasa nak muntah. Bukanlah satu pengalaman yang menyeronokan tapi dah sampai Fez kenalah juga tengok kan… hehehehe

dscf8471-1

dscf8474-1

Lepas dah abis visit area tannery tu, mamat ni bawa kitaorg naik atas bukit belakang kilang tu. Dia kata boleh tengok bandar fez dari atas. Lebih kurang macam viewpoint ler. Not bad actually tapi masa kitaorg pegi tu dah almost nak tengahari so korang faham2 ler suhu macam mana hehehehe.  Lagi pun nak kejar masa utk ke satu lagi tempat sebelum gerak ke train station.

dscf8489-1

dscf8504-1

Al-Qawariyyin

Seperti yang aku mention sebelum ni, Al-Qawariyyin adalah sebuah universiti tertua dan juga merupakan UNESCO World Heritage Centre. Ia dibina oleh 2 adik beradik iaitu Fatima Fihriyya dan adik dia Mariam.  Mereka mewarisi harta yang banyak dan menggunakan harta tersebut untuk membina Al-Qawariyyin.  Masya-Allah….

dscf8556-1

img_5197
gambar ni aje dapat snap dari depan entrance

Masa kami sampai depan entrance, kebetulan lagi 10 minit nak masuk waktu solat Zuhur. So pelawat tak dibenarkan masuk.  Kalau nak masuk kena tunggu abis solat Zuhur.  Takde rezeki kami untuk masuk, nak tunggu lepas Zuhur plak takut nanti tak sempat nak gi train station. Kitaorg dah janji dengan taxi untuk pickup kat Riad pukul 1pm.  Dengan berat hati kami pun gerak pulang ke Riad.

Tips

  • elakkan visit madrasa waktu Zuhur atau Asar, takut tutup
  • banyak souvenier dari kulit jual kat area Medina
  • make sure ada offline map sebab takut korang sesat nak cari jalan pulang
  • kalau ternampak barang yang berkenan terus stop dan beli. takut nanti tak jumpa kedai tu semula.

dscf8426-1

dscf8308-1

 

Sampai di Riad, pemandu taxi dah sampai. Kitaorg terus ambik beg dan gerak ke train station untuk ke Casablanca. Tiket train beli kat kaunter sehari sebelum tu masa kitaorg sampai Fez.

dscf8634-1
train station

dscf8651-1

img_5121

 

Till then c u in my next journey, Insya Allah……

8 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s