~ 24-25 Oct 2019 ~
Granada adalah destinasi pertama aku. Dari Barcelona naik domestic flight terus ke Granada. Perjalanan lebih kurang 1.5 jam. Transport yang available dari Granada airport ke bandar ialah bas atau taxi. Kitaorg decide naik bas since bas pun dah ready. Bas ni akan lalu jalan depan apartment yang aku booking, dan jarak dari airport dalam 30 minit aje. Harga tiket bas dalam €3/pax.
Lepas solat dan lunch di apartment, kitaorg cari location untuk tukar voucher online Granada Card ke kad fizikal. Kalau nak guna public transport memang kena tukar dulu. Dalam voucher online tu ada tulis location mesin untuk ambik kad.

Harga card ni dalam €40/pax, tapi yang paling best skali kad ni dah termasuk dengan entrance ke Alhambra. Masa beli kad ni, boleh pilih siap-siap nak masuk Nasrid Palace pukul berapa. Once habis slot then korang tak akan dapat masuk Alhambra. Kalau boleh beli awal, aku beli masa tu awal Sept. Itupun slot Nasrid Palace utk pagi dah tinggal sikit. Aku dapat beli slot pukul 10am, tinggal 4 slot aje, ngam2 untuk kitaorg ber4. Alhamdulillah.
Apa beza beli tiket Alhambra kat website dengan guna Granada card? Kebanyakan tiket Alhambra dijual skali dengan guide. Pastu kena pilih plak guide bahasa apa. Kalau guna Granada card korang akan berjalan dalam Alhambra free & easy. Kena baca sendiri sejarah Alhambra tapi yang best pada aku korang tak terikat dengan masa kalau nak bergambar.


Albaycin, Mezquita Mayor de Granada & Mirador San Nicholas
Petang tu kitaorg menuju ke Mezquita Mayor de Granada. Mezquita ialah sebuah masjid yang dibina oleh masyarakat Islam Granada. Perjuangan pembinaan masjid ini mengambil masa lebih kurang 20 tahun. Masya Allah begitu kuat semangat diaorg dengan berbagai-bagai ujian samada dari segi kewangan mahupun kerajaan Spain. Masjid ini terletak di kawasan perkampungan Albaycin iaitu perkampungan masyarakat Islam di sini. Perkampungan ini juga terkenal sebagai kawasan pelancongan kerana rekabentuk dan warna rumah yang putih. Semasa zaman pemerintahan Andalusia, Albaycin merupakan sebahagian daripada Alhambra.
Mezquita Mayor de Granada dan Mirador San Nicholas ini juga menjadi tempat tumpuan pelancong untuk melihat Alhambra atau juga dikenali sebagai viewpoint Alhambra. Ramai yang melepak kat sini untuk menunggu waktu sunset. Alhambra sangat cantik di kala senja, Masya Allah.






Tips: Albaycin ni berbukit so make sure pakai kasut yang selesa

Alhambra
Kalau ke Andalusia atau Spain tak sah kalau tak ke Alhambra. Personally aku galakkan korang masukkan dalam itinerary sebab ia juga sebagai peringatan atau ibrah untuk kita di mana kegemilangan di dunia ini tidak selamanya bersinar.
Alhambra ni ada 3 main area iaitu Nasrid Palace, Alcazaba dan Generalife.
Tips:
-
Daily ticket dijual amat terhad so digalakkan untuk beli online at least 2 bulan sebelum. Selalunya takde tiket kat entrance gate, kalau ada pun kuantiti tiket sangat terhad dan tiada jaminan akan dapat beli.
-
Nasrid Palace hanya dibenarkan masuk mengikut slot masa yang kita pilih. So kalau miss then tak boleh masuk langsung. Make sure sampai awal sebelum waktu yang korang pilih tu.
-
Jangan lupa print e-voucher sebab nanti nak kena scan bar code kat certain entrance.
-
Kalau slot masa untuk masuk Nasrid Palace adalah slot terakhir untuk hari tersebut, so korang visit Alcazaba dan Generalife dulu.
-
Anggaran tempoh lawatan keseluruhan Alhambra lebih kurang 3 jam. Sebenarnya bergantung pada korang, kalau suka bergambar memang lama ler skit.
Macam mana nak pegi Alhambra? Kitaorg secara kebetulan ada makcik ni tunjuk jalan ke Alhambra so tak perlu naik public transport, just jalan kaki aje. Dari apartment kitaorg naik bas sampai ke area Plaza Nueva. Lepas tu kalau korang guna google map jarak ke Alhambra dlm 650 meter aje dari situ. Actually tak jauh sangat cuma jalan tu berbukit skit so terasa ler juga penat.





Jom masuk Alhambra!


Alhambra juga dikagumi dengan hasil seni binanya. Masya Allah sangat cantik.


Generalife

Alcazaba
Lebih kurang 4 jam kitaorg kat dalam Alhambra, kaki dah penat dan perut pun dah lapar. Kitaorg decide naik Granada Train Tour since free (inclusive dalam Granada card). Train tour ni akan pusing bandar Granada dan kitaorg stop dekat gan area Moroccan Street. Area tu banyak pilihan halal food restaurant dan stop kejap untuk beli souvenier.


Itu aje tempat yang aku pegi kat Granada. Macam tak banyak tempat kan aku pegi? Lepas balik dari Alhambra masing2 pun dah penat so decide rest aje malam tu kat apartment. Esoknya pagi2 dah nak gerak ke Gibraltar.

Till then c u in my next journey, insya Allah….
Rindu Spain, rindu Alhambra.. Dgn anak2 memang lagi lama di Alhambra, memang seronok & terpegun tengok semuanya
LikeLike
Kan… saya suka masuk alhambra tanpa guide sbb boleh jalan puas2
LikeLike
Dulu mmg takde Jual Granada Card. Cuma jual tiket berasingan. Ke Nasriq Palace atau ke Al Hambra Garden..Bli online di Malaysia Dan redeem di Granada. Tp murah sedikit berbanding sekarang.
LikeLike
Jauh ke beza harga dgn skrg? Tapi harga mahal pun kena pejam mata sebab rugi kalau tak masuk Alhambra.
LikeLike