Autumn Trip 2019: Spain – Granada

~ 24-25 Oct 2019 ~

Granada adalah destinasi pertama aku. Dari Barcelona naik domestic flight terus ke Granada. Perjalanan lebih kurang 1.5 jam. Transport yang available dari Granada airport ke bandar ialah bas atau taxi.  Kitaorg decide naik bas since bas pun dah ready. Bas ni akan lalu jalan depan apartment yang aku booking, dan jarak dari airport dalam 30 minit aje. Harga tiket bas dalam €3/pax.

Lepas solat dan lunch di apartment, kitaorg cari location untuk tukar voucher online Granada Card ke kad fizikal.  Kalau nak guna public transport memang kena tukar dulu. Dalam voucher online tu ada tulis location mesin untuk ambik kad.

e-voucher granada card

Harga card ni dalam €40/pax, tapi yang paling best skali kad ni dah termasuk dengan entrance ke Alhambra. Masa beli kad ni, boleh pilih siap-siap nak masuk Nasrid Palace pukul berapa.  Once habis slot then korang tak akan dapat masuk Alhambra. Kalau boleh beli awal, aku beli masa tu awal Sept. Itupun slot Nasrid Palace utk pagi dah tinggal sikit. Aku dapat beli slot pukul 10am, tinggal 4 slot aje, ngam2 untuk kitaorg ber4. Alhamdulillah.

Apa beza beli tiket Alhambra kat website dengan guna Granada card? Kebanyakan tiket Alhambra dijual skali dengan guide. Pastu kena pilih plak guide bahasa apa. Kalau guna Granada card korang akan berjalan dalam Alhambra free & easy. Kena baca sendiri sejarah Alhambra tapi yang best pada aku korang tak terikat dengan masa kalau nak bergambar.

mesin untuk dapatkan Granada Card
guna kad ni untuk naik public transport sekitar Granada

 

Albaycin, Mezquita Mayor de Granada & Mirador San Nicholas

Petang tu kitaorg menuju ke Mezquita Mayor de Granada.  Mezquita ialah sebuah masjid yang dibina oleh masyarakat Islam Granada.  Perjuangan pembinaan masjid ini mengambil masa lebih kurang 20 tahun. Masya Allah begitu kuat semangat diaorg dengan berbagai-bagai ujian samada dari segi kewangan mahupun kerajaan Spain. Masjid ini terletak di kawasan perkampungan Albaycin iaitu perkampungan masyarakat Islam di sini. Perkampungan ini juga terkenal sebagai kawasan pelancongan kerana rekabentuk dan warna rumah yang putih. Semasa zaman pemerintahan Andalusia, Albaycin merupakan sebahagian daripada Alhambra.

Mezquita Mayor de Granada dan Mirador San Nicholas ini juga menjadi tempat tumpuan pelancong untuk melihat Alhambra atau juga dikenali sebagai viewpoint Alhambra. Ramai yang melepak kat sini untuk menunggu waktu sunset. Alhambra sangat cantik di kala senja, Masya Allah.

pintu masuk ke ruang solat masjid
azan dilaungkan tanpa menggunakan mic
viewpoint di Mirador San Nicholas. belum senja dah ramai orang.
Alhambra dari halaman masjid
Alhambra dikala senja
halal food restaurant sebelah masjid

 

Tips: Albaycin ni berbukit so make sure pakai kasut yang selesa

 

view Albaycin dari Alcazaba

 

Alhambra

Kalau ke Andalusia atau Spain tak sah kalau tak ke Alhambra. Personally aku galakkan korang masukkan dalam itinerary sebab ia juga sebagai peringatan atau ibrah untuk kita di mana kegemilangan di dunia ini tidak selamanya bersinar.

Alhambra ni ada 3 main area iaitu Nasrid Palace, Alcazaba dan Generalife.

Tips:

  1. Daily ticket dijual amat terhad so digalakkan untuk beli online at least 2 bulan sebelum. Selalunya takde tiket kat entrance gate, kalau ada pun kuantiti tiket sangat terhad dan tiada jaminan akan dapat beli.

  2. Nasrid Palace hanya dibenarkan masuk mengikut slot masa yang kita pilih. So kalau miss then tak boleh masuk langsung. Make sure sampai awal sebelum waktu yang korang pilih tu.

  3. Jangan lupa print e-voucher sebab nanti nak kena scan bar code kat certain entrance.

  4. Kalau slot masa untuk masuk Nasrid Palace adalah slot terakhir untuk hari tersebut, so korang visit Alcazaba dan Generalife dulu.

  5. Anggaran tempoh lawatan keseluruhan Alhambra lebih kurang 3 jam. Sebenarnya bergantung pada korang, kalau suka bergambar memang lama ler skit.

 

Macam mana nak pegi Alhambra? Kitaorg secara kebetulan ada makcik ni tunjuk jalan ke Alhambra so tak perlu naik public transport, just jalan kaki aje.  Dari apartment kitaorg naik bas sampai ke area Plaza Nueva. Lepas tu kalau korang guna google map jarak ke Alhambra dlm 650 meter aje dari situ. Actually tak jauh sangat cuma jalan tu berbukit skit so terasa ler juga penat.

boleh naik bas C32 ni ke Alhambra tapi aku tak sure berapa Euro. Simpang ke Alhambra depan skit dari tempat bas ni
mendaki untuk ke Alhambra
kalau korang jumpa gate ni, consider dah masuk ke area Alhambra. Teruskan perjalanan dan masih mendaki hehehe
entrance masuk
nanti Q kat sini untuk masuk ke Nasrid Palace ikut slot masa yang korang pilih

 

Jom masuk Alhambra!

antara gambar Alhambra yang slalu jumpa kat google.
taman di tengah2 palace

 

Alhambra juga dikagumi dengan hasil seni binanya. Masya Allah sangat cantik.

court of the Lions merupakan main courtyard atau heart of Alhambra.
Tower of the Ladies

 

Generalife

 

view Albaycin

Alcazaba

 

Lebih kurang 4 jam kitaorg kat dalam Alhambra, kaki dah penat dan perut pun dah lapar. Kitaorg decide naik Granada Train Tour since free (inclusive dalam Granada card).  Train tour ni akan pusing bandar Granada dan kitaorg stop dekat gan area Moroccan Street. Area tu banyak pilihan halal food restaurant dan stop kejap untuk beli souvenier.

granada train tour
moroccan street

Itu aje tempat yang aku pegi kat Granada. Macam tak banyak tempat kan aku pegi? Lepas balik dari Alhambra masing2 pun dah penat so decide rest aje malam tu kat apartment. Esoknya pagi2 dah nak gerak ke Gibraltar.

aku beli buku ni sebagai souvenir untuk diri sendiri

Till then c u in my next journey, insya Allah….

5 comments

  1. Dulu mmg takde Jual Granada Card. Cuma jual tiket berasingan. Ke Nasriq Palace atau ke Al Hambra Garden..Bli online di Malaysia Dan redeem di Granada. Tp murah sedikit berbanding sekarang.

    Like

Leave a Reply to Zulkarnaen Abdullah Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s