Spring Trip 2018: Kashmir – Tulip Festival

~ 8 April 2018 ~

Antara sebab aku pilih April untuk ke Kashmir adalah sebab nak pegi Tulip Garden ni. Indira Gandhi Memorial Tulip Garden nama diberi, wpun tulip garden ni antara yg terbesar di Asia tapi tak sebesar Keukenhof Garden di Amsterdam. Personally, Keukenhof masih no 1 dan aku masih menyimpan impian untuk kembali menyelusuri Keukenhof.

Tulip Garden ni dekat area Dal Lake aje, dari houseboat kitaorg dlm 5-10 minit. Tempat2 lain kat Srinagar ni aku tak ralat sgt klu tak dpt explore tapi Tulip Garden wajib sebab inilah sebab utama aku ke Kashmir so mana boleh skip. ☺️☺️

Tulip Festival kat Kashmir ni 15 hari aje, between 1-15 April slalunya. So kalau nak beli tiket agak2 ler date yang ada Tulip Festival. Tarikh maybe berbeza atau sama setiap tahun. Rajin2 ler tgk info update kat google atau website ni –> https://www.indianholiday.com/fairs-and-festivals/jammu-kashmir/tulip-festival.html

Tips:

  • Pegi awal pagi untuk elakkan crowded. Bukan setakat kat dalam taman tapi yang penting untuk elakkan jem kat jalan besar. Long Q….

  • Pakai kaler baju yang bersesuaian supaya tak nampak senada dgn warna tulip 😀

  • Tulip slaluny full bloom dari akhir Mac hingga pertengahan April (ini ramalan aje, semuanya atas kuasa Allah)

Info Tulip Garden
Entrance fee: INR59 (RM3.50)
Operation Hours: 9am – 7pm

Bagi yang belum cukup budget utk ke Keukenhof, bolehlah aim untuk ke sini. Sebelum ni aku ada juga share entry pasal Flower Festival di Chiang Mai tapi tulip kat Chiang Mai tak sebanyak di Kashmir. Cuma sejak India naikkan harga visa, aku tak tahulah worth or not untuk ke India. Harga visa lebih kurang harga tiket AA klu promo. 🤦🏼‍♀️

Jom layan gambar aku dan geng kat Tulip Festival….

Till then c u in my next journey, Insya Allah……

4 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s