~ 5 April 2018 ~
Kalau ikutkan date, 5 April adalah hari pertama aku menjejak kaki di Kashmir. Sejak entry pasal trip Chiang Mai, aku tulis entry blog ikut suka hati 😜😅.
Selepas check in dan breakfast di houseboat kitaorg gerak terus ke Pahalgam. Perjalanan lebih kurang 2 jam (plus minus). Sepanjang perjalanan nampak ler juga askar2 dan tidak seperti yang digembar gemburkan di internet dan berita. Askar2 tu berdiri aje kat tepi2 jalan.
View paling cantik ialah bila kiri kanan penuh dgn canola field. Kuninggggggg aje. Mr. Ali kata nanti on day balik ke houseboat lepas visiti Pahalgam, dia akan stop untuk ambik gambar. Tapi harapan tidak kesampaian sebab masa kitaorg bergerak balik dari Pahalgam hari dah petang. Masa sampai kat area canola ni, hari dah malam. Alhamdulillah masa pegi ke Sonamarg akhirnya dapat ler bergambar dalam ladang canola.
Aku sebenarnya tak ingat sampai sana pukul berapa. Dah ler malam sebelum tu tido kat airport, sampai aje Srinagar terus ke Pahalgam. Otak letih, badan letih tapi sebab excited tu yang memberi semangat utk discover Kashmir.
Seelok-eloknya jangan sampai lewat sangat so boleh ambik option one day track. Memandangkan kitaorg tak banyak masa sebelum hari gelap, guide kat sini advise pegi 3 tempat aje; Mini Swiss, Kashmir Valley dan Pahalgam Valley. Pony ride untuk ketiga2 tempat ni diaorg offer INR1,500/pax (RM90). Frust juga tak dapat pegi Tulyan Lake tapi nak buat camne, rezeki kitaorg setakat 3 tempat tu aje.


Masa kat Pahalgam ni, 1st time aku naik kuda actually. Agak takut jugalah sebab bukan jalan atas tanah rata tapi naik bukit tau. Ada tu jalan kat lereng bukit, adussss kecut perut. Kuda aku plak suka sangat berlari2 lagilah aku takut. Kuda org lain elok aje jalan slow and steady.
Seperti di Sonamarg, kat sini 1 guide akan jaga 2 kuda tapi secara jujurnya aku agak takut masa naik kuda kat sini sebab kuda aku agak aktif. Asik nak ke depan aje. Tu sebab dia jalan laju dan once a while berlari laju. Geng2 aku kata maybe sebab aku ringan sangat tu yang dia tak rasa ada org kat atas dia. 😂😂 .


Lokasi pertama ialah Kashmir Valley… aku dan Ain sampai kat sini dulu sebab kuda aku berlari laju ke depan. Masa sampai sini ada group lain tgh bergambar. Since tak turun kuda, aku bergambar atas kuda aje tapi berebut spot utk bergambar. Ruang kat sini tak besar sgt.

Lepas tu kitaorg ke Mini Swiss plak. Ada entrance fee utk masuk kawasan ni, INR20/pax (anggaran dalam RM1.20).




Akhir skali kitaorg ke Pahalgam Valley. Masa nak ke Pahalgam Valley lalu sungai kecik. Subhanallah cantik dan nyaman aje.
Masa on d way nak ke tempat parking, kitaorg kena lalu kat tgh2 pekan. Seriau juga sebab bawa kuda atas jalan yang ada kereta lalu lalang. Kuda2 tu pun dah tau nak ke arah mana.

Just nak info pasal masjid kat sini, kitaorg tak jumpa paip air utk ambik wudu’, nak tanya pun takde org kat sini. Ada toilet kat belakang masjid tepi sungai tapi keadaan toilet tu sangatlahhhhh tidak menyelerakan. So kitaorg tadah air kat botol air mineral then ambik wudu’ kat tepi masjid. Yang pompuan kenalah sorok2 skit jaga aurat. Lepas dah solat kitaorg gerak balik.
Masa on day balik ke Srinagar, stop kejap kat tepi sungai utk berposing. Mata aku dah mula rasa mengantuk dan penat. Penat naik kuda sebenarnya….
Masuk aje kereta, mata dah mula layu. Aku tertidur sampailah ke houseboat. Alhamdulillah perjalanan day 1 kat Kashmir smooth seperti yang dirancang.
Till then c u in my next journey, Insya Allah….
One comment