Advertisements

Cara Memohon Visa India


Harga Visa India telah disemak semula dan bermula 1 Julai 2018 harga Visa India ialah RM462.56.

Sumber: Indiavisa.com.my

Alhamdulillah kali ni aku berpengalaman untuk buat visa India plak. So entry kali ni aku nak share step by step apa yang korang kena buat untuk apply visa India. Ada jugalah pengalaman yang tak best masa aku buat visa India ni kalau compare masa buat visa China.  Tapi pengelaman tak best tulah nanti yang boleh jadi panduan dikemudian hari. We learn from mistake if we take it in a positive way.

LANGKAH 1: PEGI WEBSITE VISA INDIA

Borang online boleh diisi di website ini https://indianvisaonline.gov.in/visa/

pic1

Bila dah masuk landing page ni terus scroll ke bawah page dan klik icon “Apply Online”

pic2

LANGKAH 2: ISI BORANG SECARA ONLINE

Masa isi borang online ni korang kena isi maklumat kat beberapa page. Meaning to say borang permohonan bukan kat 1 page.  Ok juga cari camni sebab kalau tiba2 ada hal boleh stop dan save dulu borang secara online then nanti sambung kemudian. Kat bawah ni aku tunjukkan page by page info yang korang kena isi.

Page 1 – kat sini kena main information pasal visa especially Visa Type dan Purpose.  Kat Purpose tu jangan pilih Group Tourist plak walaupun pegi dengan kawan2. Group tu biasanya untuk yang pegi dengan travel agency.  Lepas dah isi semua teruskan ke page 2 dengan klik button ‘Continue’.

pic3

Page 2 – kat page ni dah start kena isi personal details. Nampak tak nombor yang panjang kat atas field ‘Surname’? Nombor tu akan berguna kalau kita save form online dan sambung isi kemudian.  So bila nak akses borang yang kita dah isi separuh tu kena masukkan nombor tu.

Tips: boleh ignore field ‘Surname’; isi nama penuh kat field ‘Given Name’ aje.  Contoh; Ali bin Abu

pic4

Kat bawah page nanti korang akan nampak 2 button. So kalau nak pegi ke page seterusnya boleh klik “Save and Continue”.

pic5

Page 3 – kat page ni isi maklumat alamat rumah, keluarga dan pekerjaan. Lepas dah isi tu klik ‘Save and Continue’.

pic6

Page 4 – bila sampai kat page ‘Upload Photograph’ boleh ignore.  Tak perlu upload softcopy online. Terus klik button “Skip and Continue”.  Nanti akan dapat screen macam kat bawah ni.

pic7
Klik button “Print Form”. Print 1 copy aje tapi kalau nak buat 2 copy as backup pun boleh.  Sebelum print make sure semak semua maklumat ya jangan ada yang salah especially Nama dan No Passport.

LANGKAH 3: Hantar borang ke Pejabat Visa India

Pejabat Visa India ni ada kat Kuala Lumpur, Penang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuantan.  Kalau nak tau alamat pejabat visa tu boleh check kat website ya. (http://www.indiavisa.com.my/contact/obtain_india_visa.php)

img_0475

masa ni sampai kat pejabat visa dalam pukul 8.30am

Waktu penghantaran borang permohonan: 9.00am – 2.00pm

Waktu pengambilan:  4.00pm – 5.30pm (tarikh akan dimaklumkan)

Visa fee: RM194.60 seorang

a924ab62-8fa9-427e-af6d-e9651a54382e

Apa yang perlu bawa bila nak submit borang:

  • Satu salinan passport
  • Satu salinan IC
  • Satu salinan Return Flight Ticket
  • 2 keping gambar visa India (saiz 2×2 inci, background putih)
3691fc2b-aea5-40b4-873a-76c01bc1ebd2

dokumen yang kena bawa

Permohonan bagi pemohon yang berumur dibawah 15 tahun memerlukan:

  • Salinan IC atau passport bapa/ibu
  • Salinan surat beranak
  • Salinan IC atau MyKid anak
img_0479

sebelum dapat nombor giliran, pegawai kat kaunter ni akan check semua dokumen lengkap

img_0478

Enter a caption

213f0528-63ca-4251-a1b8-e7f78bfdbab8

harga ‘value added services’. kalau ada kesilapan maklumat dalam borang boleh print semula disini dengan bayaran RM20

99f8354a-a5e9-463f-ae06-d38de2a032f8

muka happy sebab dah settle buat visa. actually kami ber6 tapi 2 lagi dah balik

PERINGATAN: semua pemohon perlu hadir masa nak buat visa ya sebab diaorg nak capture cap jari.  Tapi bila nak ambik passport dan visa yang dah siap boleh wakil aje tak perlu semua datang.

Semoga entry ini bermanfaat dan semoga permohonan visa korang dipermudahkan. Amin….

Till then c u in my next journey, Insya Allah….

Advertisements
Categories: IndiaTags: , , ,

23 comments

  1. hi,asalamualaikum.Saya bercadang ke Jaipur.Pernah kah puan ke sana.

    Like

  2. Saya nak tanya..mmg kena scan cap jari semua ke? Tak blh fully apply on9? Tanpa perlu ke kedutaan India?

    Like

  3. boleh dapatkan fb awak x?? sy nak pm… hehe

    Like

  4. Assalamualaikum Azura
    Berapa lama boleh apply india ni sebelum departure
    Akak nk pergi 7/12/2018

    Like

  5. Assalamualaikum. Dari tarikh submit borang di kedutaan tu, brp lama masa nk collect semula

    Like

  6. t.kasih…blog yg sgt membantu

    Like

  7. Sis, expected date of arrival tu date tiba di india atau date tiba di kl?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: