Autumn Trip 2017: Scotland – Calton Hill

~ 11 Oktober 2017 ~

Calton Hill adalah sebuah bukit yang terletak di tengah bandar Edinburgh. Tempat ni adalah spot glamer untuk gambar landskap bandar Edinburgh. Again… aku tau tempat ni sebab photographer yang aku follow kat youtube ambik gambar kat sini untuk client dia.

Since nama tempat ni ada perkataan ‘Hill’ so faham2 lah ya, kenalah menapak dengan kaki. Actually tak tinggi sangat tapi penat gak ler 😅😀 Naik ler tangga perlahan-lahan, kalau penat stop tau.

Paling cantik klu dapat snap view sunrise kat atas ni. Masa aku sampai sini lagi sejam camtu nak sunset. Tapi cuaca gloomy aje kat Edinburgh ni so takde rezeki nak snap gambar sunset.

Apa yang ada kat sini?

  • National Monument
  • Nelson Monument
  • City Observatory
  • Dulgald Stewart Monument

Besar juga kawasan kat atas ni, aku tak abis pun pusing satu kawasan. Aku spend masa lama kat kat Dulgald Stewart Monument. Agak sempit dan org pun ramai masa nak ambik gambar dari angle yg cantik. Memang glamer angle tu, sebab klu google gambar yang kuar kebanyakannya dari angle yg sama.

National Monument ada ala2 architecture Greek. Dibina sebagai tempat memperingati askar2 yang mati dalam perang Napoleon. Sebenarnya monumen yg kita nampak hari ini adalah monumen yg tidak siap. Telah dibina pada tahun 1826 dan terbengkalai pada tahun 1829 akibat tak cukup sumber kewangan masa tu.

Kalau berdiri kat tepi tebing Calton Hill dah boleh nampk bandar Edinburgh tapi klu rasa nak tgk dari tempat yg lebih tinggi boleh naik tower Nelson Monument. Aku takde rezeki nak naik sebab masa sampai petang tu, entrance ke tower dah tutup. Kalau datang sini between 10am – 6.30pm boleh lah naik tower dan masuk muzium kat ground floor. Entrance fee tower £5, muzium plak FOC. Aku tak masuk muzium so tak tahu ada pameran apa kat situ.

Honestly aku tak perasan pun City Observatory ni. 🙈🙈 So takleh nak share apa. Paling banyak aku study camne nak snap Dulgald Stewart Monument. Terpengaruh gan Brendan, photographer tu ler 😂😂😂

Bila hari dah gelap kiatorg pun gerak ke Hard Rock Cafe Edinburgh. Hujan pun turn tapi perjalanan tetap diteruskan. Peminat HRC ramai heheheh. Lepas dah settle beli apa yg patut kat HRC, kitaorg balik hotel dan beradu.

Insya Allah ada satu lagi entry pasal Scotland. Aku cuba untuk up sebelum aku fly sebab next month cukuplah setahun aku dah ke Scotland. 😊😊😬

Till then c u in my next journey, Insya Allah….

Advertisements

One thought on “Autumn Trip 2017: Scotland – Calton Hill

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s