Autumn Trip 2017: Scotland Castles

~ 11-12 October 2017 ~

Almost a year aku visit Scotland. Tiba2 rasa nak share tempat2 yg aku pegi kat sana. Entry ni aku nak cete pasal castle aje. Scotland dan Castle mmg sinonim, ditambah plak dengan berlatarbelakangkan view yang sangat cantik. Subhanallah….

Allah turunkan hujan rahmat sepanjang aku berada di Scotland. Bukanlah hujan sepanjang masa, ada juga rezeki kitaorg dapat cuaca cerah. Alhamdulillah. Tapi itulah Scotland… summer pun sejuk. Personal opinion aku kalau nak tgk view yang paling cantik korang pergilah ke Scotland time spring/summer.

Aku sempat singgah 3 castle aje dalam trip aku kali ni (Insya Allah akan menyusul trip ke Scotland lagi nanti πŸ˜…πŸ˜…). Paling puas hati dapat singgah Eilean Donan Castle. 😍😍😍

Edinburgh Castle

Edinburgh Castle adalah salah satu ikon Scotland yang paling terkenal dan merupakan salah satu World Heritage Site. Castle ni terletak kat bandar Edinburgh dan atas bukit. Masa on d way dan boleh nampak castle dari dlm van.

Kalau betul2 nak explore castle ni, ambik masa dalam 2.5jam. Kitaorg tak masuk round dlm castle pun. Sekadar bergambar kat luar dan area kaunter tiket aje. Masa tu hujan renyai. Biasalah klu hujan slalunya mana ada mood sgt, lagipun masa pun terhad nak kejar waktu solat jamak zuhur asar.

Kalau nak snap gambar castle, korang mmg kena masuk dlm. Ada satu viewspot yang boleh ambik gambar keseluruhan castle macam dalam google.

Info:

Opening hours: 9.30am – 6.00pm (March – Sept); 9.30am – 5.00pm (Oct – March)

Entrace Fee: Β£17

Website: https://www.edinburghcastle.scot/

img_7569

img_7573

img_7576

img_7574

DSC_0166 (Large)
jalan nak masuk ke dalam castle

DSC_0175 (Large)

DSC_0180 (Large)

 

Urquhart Castle

Castle ni tak masuk dalam itinerary actually. Faidz yang propose utk ke sini. Kitaorg ok aje, bukan rugi pun singgah tempat cantik.

Castle ni terletak kat area Loch Ness, so 2 in 1. Loch Ness agak glamer gak, ramai yg tau tempat ni. Korang tau tak cete apa? Apa kata korang google hehehehe ✌🏻

Wpun castle ni banyak yg runtuh tapi itulah keunikannya. Paling penting view background; memang superb! Subhanallah…

Area castle ni tak besar sangat tapi adalah juga kena turun naik tangga klu nak tgk view cantik. Aku suka sangat castle ni, tq Faidz coz propose tempat ni.

Info:

Opening hours: 9.30am – 6.00pm (Apr-Sept); 9.30am – 5.00pm (Oct); 9.30am – 4.30pm (Nov-Mar)

Entrance Fee: Β£9

Website: https://www.historicenvironment.scot/visit-a-place/places/urquhart-castle/

Lepas abis round castle kitaorg ambik wudhu dan solat kat parking lot. Toilet kat sini hanya boleh digunakan utk visitor yang ada tiket aje.

DSC_0665 (Large)

DSC_0686 (Large)

DSC_0689 (Large)

DSC_0707 (Large)

img_7627

img_7630

img_7632

img_7629
Loch Ness

DSC_0731 (Large)

DSC_0783 (Large)

 

Eilean Donan Castle

Last castle yg aku visit kat Scotland, Eilean Donan Castle. Castle ni mmg tempat wajib yg aku nak pegi bila ke Scotland. WHY? Sebab kat sini tempat pengambaran filem Kuch Kuch Hota Hai, Made of Honor, James Bond-The World is Not Enough dan banyak lagi. Selain dari filem, castle ni glamer gak sebagai tempat wedding. Mesti klasik gambar wedding kat sini kan. 😍😍

Masa aku sampai, hari mendung dan bakal nak hujan. Posing tetap posing wpun angin sejuk bertiup. Kitaorg sekadar bergambar kat area luar aje, lagipun castle dah tutup.

Aku happy sangat sbb mmg impian aku nak bergambar kat sini. Semuanya gara2 cete KKHH.

Info:

Opening Hours: 10.00am – 4.00pm (Feb-Mar); 10.00am – 6.00pm (Mar-Oct); 10.00am – 4.00pm (Oct-Dec)

Entrance Fee: Β£7.50

Website: http://www.eileandonancastle.com/

DSC_0890 (Large)

DSC_0923 (Large)

img_7636

img_7637

img_7676

img_7634

Insya Allah kalau ada rezeki aku nak share satu lagi tempat yang aku visit kat Scotland. πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻

Till then c u in my next journey, Insya Allah….

Advertisements

2 thoughts on “Autumn Trip 2017: Scotland Castles

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s