~ 31 Jan 2018 ~
Memandangkan Chiang Mai banyak temple dan aku plak taknak ler visit temple aje masa round bandar Chiang Mai so aku memang google bersungguh2 tempat2 lain yang menarik untuk pegi. Masa tu lah terjumpa Mon Cham dan Grand Canyon ni. Chiang Mai Flower Festival plak memang bonus kat kitaorg, terus full pack schedule sehari di bandar Chiang Mai.
Ikut itinerary aku, patutnya aku pegi tempat ni selepas aku pegi Doi Inthanon National Park tapi Nana propose kitaorg singgah sini dulu lepas breakfast masa on the way ke national park. Kitaorg ok aje lagipun Nana lebih arif jalan kat Chiang Mai.
Aktiviti utama kat sini ialah main air. Boleh duk atas pelampung, boleh terjun dari tebing (cliff jumping) dan kalau taknak buat apa2 aktiviti macam aku dan Fazu, boleh aje jalan2 sekeliling ambik gambar. Masa sampai sini waktu tengahari, Ya Allah hanya Allah aje yang tahu cuaca panas masa tu camne. Aku tak lama sangat kat sini sebab kitaorg sekadar bergambar aje. Tempat ni pun tak besar sangat. Kalau buat aktiviti air maybe ambik masa skit.

Info lain:
Opening hours: 8am – 6pm
Entrance fee: THB100/pax

Berakhirlah sudah perkongsian aku pasal trip Chiang Mai. Ini consider last entry kot, sorry ya aku just cover tempat2 yg menarik aje untuk aku tulis dlm blog. Ada lagi beberapa tempat yg aku pegi tapi aku tak cover. Wpun sikit tapi aku harap dapat beri manfaat pada orang lain. Insya Allah.
Terima kasih tak terhingga buat travel buddy aku, adik Fazurina yang terpaksa melayan permintaan aku utk ke Doi Inthanon National Park 😍. Hopefully Fazu tak serik nak jadi peneman aku hehehehe.
Till then c u in my next journey, Insya Allah….
thanks for sharing…
entry kashmir please after this..
keep on sharing & writing..
LikeLike
Terima kasih sudi baca 😍
Insya Allah saya cuba utk tulis pasal kashmir.
LikeLike