Sambung entri pasal Jinhae Cherry Blossom Festival. Kalau belum baca part 1 boleh klik –> SINI.
Lepas dah abis tengok askar marching, kitaorg decide untuk ke Jehwangsan Park. Masa tu dah pukul 11 lebih, so boleh ler relaks2 kejap kat taman. Bahang matahari dah mula terasa.
Jehwangsan Park
Tempat ni salah satu spot cherry blossom gak kalau pegi Jinhae. Kalau ke sini bukan setakat boleh tengok cherry blossom tapi boleh tengok pekan Jinhae dari atas. Ada 2 cara nak ke Jehwangsan Park; naik monorailcar atau naik tangga. Aku pernah terbaca yang ‘q’ utk naik monorailcar tu sangat panjang. So memang akan ada yg naik tangga sebab malas nak tunggu. Tapi kitaorg decide kalau beratur panjang then cancel naik, sebab memang tak larat ler nak naik tangga. π π π
Sampai aje kat atas, kitaorg cari toilet dulu sebab kat festival semua toilet bergerak so macam tak best sangat hehehehe. Orang pun tak ramai sangat masa ni. Kat sini senang nak cari port untuk solat. Masa sampai kat sini lagi 10 minit nak masuk zuhur, so ambik wudhu siap2 kat toilet. Lagipun senang skit kalau dah solat jamak qasar siap2 dah tak risau nak cari tempat solat.
Yeojwacheon Stream
Meneruskan misi bertanya arah tujuan. Rupa2 nya stream ni dekat dgn Jinhae Train Station. So kitaorg dah macam berulang alik. Tapi yang baiknya kitaorg dapat solat kat tempat yg selesa dan tak ramai orang.
Stream ni panjang actually. So jalan aje sampai hujung slow and steady sambil stop bergambar. Kat bahagian depan mmg agak crowded tapi towards the end tak ramai orang dah. No need to rush, enjoy the moment. Kalau penat stop dulu kat bench.
Kalau rajin boleh stay sampai malam. Stream ni sangat cantik dengan lampu2 di malam hari. Kitaorg macam malas nak tunggu sampai malam. Dah kepenatan pun ya jugak.
Dah abis round kat sini kitaorg pun gerak ke Jinhae Bus Terminal untuk balik ke Busan. Sampai kat Jinhae Train Station aku minta stop kejap ambik nafas. Dalam duk duduk berehat, hazilah ternampak ada orang naik pokok cherry blossom. Rupanya spot untuk bergambar atas pokok, siap ada tangga naik dan pangkin kat atas pokok tu.
Mula2 Hazilah sorang aje bergambar atas pokok tu. Pastu tiba2 aku pun nak gak amnik sekeping dua. π π bila lagi nak naik pokok cherry blossom. Rare tau gambar atas pokok ππ

Berakhirlah sudah day trip #chasingcherryblossom kat Jinhae. Dari sekadar tengok di google, Alhamdulillah dapat tengok depan mata. Sukaaaaa sangat πΈπΈπΈππ
Walaupun penat tapi puas tengok cherry blossom ada di mana2 sahaja kat Jinhae ni.
Till then c u in my next journey, Insya Allah….
Tahniah mmg cantek bangat π
LikeLike
ππππ» tq sudi singgah
LikeLike