Annyeonghaseyo!
Hati masih berbunga-bunga selepas 2 hari balik dari Busan hehehe. Walaupun aku tak berapa minat gan Cherry Blossom tapi orang kata dapat pegi skali pun kira oklah. Sakura atau Cherry Blossom lebih kurang aje. Maybe ada beza jenis2 Cherry Blossom tapi bagi aku yang kurang arif ni, kira sama ajelah. Hehehe
Kenapa aku pilih Korea bukan Japan untuk melihat keindahan Cherry Blossom ni? Sebab utama ialah kos di Korea adalah lebih murah compare dengan Japan walaupun value exchange currency Korea dan Japan lebih kurang sama aje. Insya Allah lain kali kalau ada rezeki aku nak juga merasa Sakura di Japan. Sebab lain kenapa aku pilih Korea ialah aku dah jatuh cinta dengan Cherry Blossom kat Jinhae. 😍😍💘💘
Macam biasa 1st entry aku bila balik dari mana-mana aku akan share itinerary dan total kos yang aku belanja. Cuma nak inform yang tema journey aku kali ini adalah #chasingcherryblossom dan #spring. So tempat-tempat yang aku pegi mainly untuk tengok bunga-bungaan. Kalau pegi musim lain pandai-pandailah adjust ya.
Ini 1st trip aku ke Busan, Jinhae dan Jeonju, so actual itinerary kat bawah ni lari banyak dari yang dirancang. Bagi aku itulah kelebihan pegi sendiri, our plan should be flexible mengikut keadaan cuaca, keadaan fizikal travel buddy serta masa. Kali ni aku pegi berlima termasuklah anak dara aku. Tapi 2 orang lagi sambung trip ke Seoul plak. Sakan tau diaorg berjalan sampai 2 minggu. Huhuhuhu jeles I sebab kena balik awal. Apa nak buat nak jimat cuti punya pasal. Lagipun aku dah ke Seoul 2 kali so kena jimat-jimat skit cuti dan duit hehehehe


Day 1 – Busan/Jeonju
- Arrived in Busan
- Take bus from Seobu Intercity Bus Terminal to Jeonju (3 hours journey)
- Check in Jeonju Golmokgil Guesthouse
- Jeonju Hanok Village sightseeing
Day 2 – Jeonju/Busan
- Jeonju Hanok Village sightseeing
– Hanbok experience
– Pungnamun Gate
– Gyeonggijien Shrine - Take bus from Jeonju Terminal Bus to Busan
- Check-in Welcome Busan Guesthouse
- Jagalchi Market
- Gwangbok-ro Fashion Market
Day 3 – Jinhae Cherry Blossom Festival
- Take bus from Seobu Intercity Bus Terminal to Jinhae Intercity Terminal Bus (1 hour journey)
- Gyeonghwa Train Station
- Jehwangsan Park
- Yeojwacheon Stream
- Take bus from Jinhae Intercity Terminal Bus to Seobu Intercity Bus Terminal
Day 4 – Busan
Day 5 – Busan/KL
- Depart from Busan International Airport to Kuala Lumpur

Alhamdulillah #chasingcherryblossom mission tercapai dengan izinNya. Keadaan cuaca memang memainkan peranan dalam #chasingcherryblossom mission ni. Kalau kawan-kawan nak pegi memang kena pilih date yang betul. Kalau terlalu awal Cherry Blossom belum kembang. Kalau terlalu lewat Cherry Blossom telah banyak berguguran. Kalau cuaca hujan berhari-hari pun akan menyebabkan Cherry Blossom cepat gugur. Pendapat peribadi aku date yang terbaik ialah 30 April ke 5 April kalau nak tengok Cherry Blossom di Jinhae dan Busan tapi kuasa Allah mengatasi perancangan kita. Jadi be prepared mentally untuk menerima seadanya ya… Kita Hanya Mampu Merancang, Hanya Allah yang Menentukan. Doa.. Doa… Doa…Doa…
Till then, c u in my next journey, Insya Allah….
Annyeong!
Cantiknyaaaa…. mesti penuh orang kan? banyak tempat nak explore kat korea tu…
LikeLike
Masa festival mmg ramai, kalau nak pegi try avoid weekend at least weekdays kurang skit.
LikeLike