Chasing Cherry Blossom 2017: Korea – Jeonju Hanok Village

~ 5-6 April 2017 ~

Jeonju Hanok Village terletak di bandar Jeonju.  Kat sini ada lebih kurang 800 buah rumah tradisional Korea.  Kat Hanok Village ni kita boleh rasa ala2 zaman dolu-dolu.  Aku suka local culture so memang enjoy stay kat sini.

2 benda yang wajib buat bila visit Hanok Village ni ialah pakai Hanbok (baju tradisional Korea) dan overnight kat rumah hanok.

Macam mana nak ke sini? Korang boleh baca kat entry sebelum ni –> SINI

Kitaorg gerak dari Busan pukul 12.30pm so sampai kat Jeonju Hanok Village dalam 3.30pm.  Cuaca mendung dan hujan. Lepas check in kat Jeonju Golmokgil Guesthouse, kitaorg solat dulu pastu kuar jenjalan village walaupun hujan renyai.

Kecik comei aje kawasan guesthouse ni. Mostly kawasan rumah hanok memang tak luas
Tido atas lantai. Jangan risau sejuk, lantai ada heater

 

Shared kitchen pun ada kat luar. Simple breakfast provided

 

Small garden
Comei hiasan sekitar guesthouse ni

Tujuan utama kitaorg nak survey kedai sewa hanbok. Since petang tu dah tak sempat nak round village pakai hanbok sebab dah nak malam so kitaorang decide nak round kampung pakai hanbok esok pepagi at least tak rush sangat.

Kitaorg masuk 3 buah kedai untuk tanya harga dan buka pukul berapa. Kalau boleh kitaorg nak start jenjalan dalam pukul 9 pagi.  Kalau ikutkan semua hanbok kat tiga2 kedai tu cantik. Akhirnya kitaorg sepakat pilih kedai yang ke3. Kedai tu buka pukul 10am so kitaorg request untuk buka pukul 9am. Alhamdulillah owner kedai sangat baik kerana memenuhi permintaan kitaorg. Harga sewa hanbok kat kedai tu KRW20,000 (RM80) untuk 2 jam berposing. Masing2 excited dan dah siap pilih hanbok yang sesuai dengan tudung yang ada kat dalam beg. 😅😅😀

Kedai pertama kitaorg singgah
Kedai ke2
Kedai ke3… akhirnya kitaorg decide untuk sewa hanbok kat kedai ni. KRW20,000 utk 2 jam

Lepas dah posing skit2, hujan pun turun on off kitaorg balik ke guesthouse. Perut pun dah lapar.  Lepas dinner aku decide just stay dalam bilik aje malam tu.  Hazilah sorang aje kuar round2 kampung malam tu.

Sightseeing di petang hari walaupun hujan tetap enjoy

Pagi esoknya seperti yang dijanji, pukul 6.45am kitaorg dah kuar untuk jenjalan. Takmo bazir masa, at least sebelum pakai hanbok dapat gak sightseeing keliling kampung.  Kitaorg pegi Omokdae dulu sebab dekat gan guesthouse. Omokdae ni kena naik tangga, dari sini boleh tengok hanok village dari atas.




View hanok village dari omokdae

Lepas Omokdae kiaorg ke Pungnammun Gate. Kat sini bergambar kejap aje sebab hujan cam lebat kejap.



Now, hanbok time!!! Sukanyaaaaa… 10 minit lagi nak ke pukul 9.00 kitaorg dah sampai kedai. Ngam2 pukul 9 owner sampai. 😘😘

Pilih baju dulu since semalam tengok sekali lalu aje.
Tengah bersiap…

Lepas kitaorg dah ready dengan hanbok masing2, tempat posing utama ialah Gyeonggijeon Shrine.  Entrance ke tempat tu dekat aje gan kedai hanbok so takdelah nak kena jalan jauh. Entrance fee Gyeonggijeon Shrine KRW3,000/adult.  Buat peminat cerita Love in the Moonlight, ada scene yang shooting kat sini.  So just imagine ajelah PBG ada kat sini 😂😂😂

Jom round Gyeonggijeon Shrine ala2 cam orang Korea zaman dulu…

Tempat shooting Moonlight

 

Konon2 cam berjiwanglah…. 😅😅
5 wanita anggun…

Satu lagi tempat shooting Moonlight


Mencari seja joha… dimanakah dia? 😊😊
Kakak & adik atau anak & ibu? 🙈


 

Lepas habis round kat Gyeonggijeon Shrine, kitaorg round keliling hanok village plak.  Since kitaorg pakai tudung, kira jadi spotlight bila jalan2.  Perasaan cantik kejap hehehe 😊😊🙈  especially bila ada yang lalu sebelah duk sebut “yeppeuda!”. Sebab tahu makna “yeppeuda” ler kitaorg duk tersenyum2, makna word tu “cantik” 😍😍🙊

Antara yang nak bergambar bersama
ni satu lagi bergambar dengan high school girls









Dalam pukul 11.30 kitaorg abis round dan posing dengan hanbok.  Balik guesthouse, lunch dulu pastu naik taxi ke Jeonju Bus Terminal untuk balik ke Busan.  Actually sampai ke saat aku menulis entry ni, aku masih rindu dan teringat2 kenangan berHanbok di Jeonju Hanok Village ni. The most sweets memories dan Insya Allah aku tak akan jemu untuk datang lagi.

Banyak lagi tempat menarik boleh pegi kat sini, tapi masa tak mengizinkan. Personally aku prefer stay 2 malam.  Perasaan aku ketika berada di sini sama macam aku kat Lijiang Old Town.  Just walk slowly and enjoy the old village.
Till then c u in my next journey, Insya Allah….

6 comments

  1. Nak tanya sikit.. Dari omokdae pegi ke Pungnammun Gate korang jalan kaki..? Atau naik taxi..?
    Jauh tak jarak.? Sbb ikut maps, mcm jauh jek…

    Like

  2. Nice Hanborough. Sewa dlm 10000 won kot..kalu di Seoul gyeongbukgung cantek mmg mahal tp berbaloi. Mana cherry blossomnya….

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s