~ 7 April 2017 ~
Jinhae Cherry Blossom Festival…..
Inilah sebab utama aku ke Korea tahun ni dalam musim bunga. Sebelum ni 2 kali aku gi Korea masa autumn. Kalau ikutkan warna cherry blossom ni takdelah menarik sangat. Aku prefer colour striking actually tapi sebab tengok kat google macam cantik aje especially Gyeonghwa Station. πππ terus tanam niat utk ke Jinhae satu hari nanti. Alhamdulillah wpun short trip tapi tempat wajib yg nak dituju tercapai.
Dare2Dream
Kalau nak ke Jinhae, dari Busan dalam sejam perjalanan. Kalau dari Seoul jauh skit tapi ramai gak yang buat day trip dari Seoul. Klu google even ada travel agency yang buat day trip dari Seoul so bayar aje takyah pening2, kalau rasa malas nak pegi sendiri.
Boleh baca entri sebelum ni kalau nak tau cara ke Jinhae dari Busan –> SINI
Pukul 6 pagi dah keluar dari guesthouse. Sampai kat Sasang Station kitaorg sempat beli tiket bas pukul 7 pagi. Sepanjang perjalanan ke Jinhae banyak sangat Cherry Blossom kat tepi jalan. Geram tengok, rasa tak sabar nak sampai ke Jinhae. Lagipun kat Jeonju takde Cherry Blossom so memang dinanti2kan trip ke Jinhae ni. Dekat pukul 8 pagi sampai kat Jinhae Bus Terminal. Since tak tahu nak ke arah mana, kat depan 7E tanya gan org sambil tunjuk gambar Jinhae Train Station.
Gyeonghwa Station
Spot pertama yang kitaorg pergi ialah Gyeonghwa Station. Train station ni dah tak berfungsi actually. Tempat ni special sebab ada kepala train dan satu gerabak yang dibumbungi cherry blossom untuk kita bergambar. Itulah keunikan spot ni.
Macam mana nak ke sini?
Memandangkan kitaorg tak tahu nak berhenti kat mana, apa yg kitaorg buat, tunjuk gambar kat bus driver tempat yg nak dituju. So sampai kat bus stop depan Gyeonghwa Station bus driver tu inform kat kitaorg yg dah sampai.
Masa kitaorg sampai tu orang dah start ramai. Expected… lsebab time festival ni orang Korea pun datang gak ke sini. Since kitaorg tak breakfast lagi, cari port untuk makan dulu sebelum bergambar.
Tips: make sure bawa bekal sekurang-kurangnya utk 2 kali makan (brunch + early dinner). Kat Jinhae susah skit nak cari halal food.

Ok perut pun dah kenyang jom snap gambar dan posing2 kat sini….
Lepas dah puas bergambar kat sini, kitaorg tunggu bas untuk ke pekan Jinhae semula. Plan asal nak ke Jehwangsan Park dulu tapi kitaorg termiss bus stop kat Jinhae Train Station so stop kat area depan skit.
Turun aje dari bas dalam duk mencari2 arah, kitaorg ternampak barisan askar duk marching. Rupanya2 kitaorg betul2 stop kat starting point marching performance. Enjoy marching performance dulu…
Military Band & Honor Guard Festival
Lepas baca pamplet pasal Jinhae Festival baru aku tau yang hari ini adalah opening ceremony Jinhae Military Band & Honor Guard Festival. Festival ni dari 7-10 April 2017. Macam2 event ada kat Jinhae between 1-10 April, tapi aku memang tak research sangat event lain selain dari cherry blossom spot.
Hazilah paling happy dapat tengok marching ni. ππ Kat Jinhae ni ada Navy Academy tu yang ada event berkaitan askar. Kalau ikutkan day trip memang tak sempat nak kejar semua event dan tempat. So back to your travel theme, supaya senang skit nak plan.
Cerita pasal Jinhae ni tak abis lagi. Aku akan sambung part 2, sebab nanti panjang benor entri ni. Ada 2 tempat lagi aku nak share.
Till then c u in my next journey, Insya Allah…..
Weekdays pun penuh ek?
LikeLike
Weekdays penuh gak tapi tak seramai weekends. Masa saya pegi 7hb tu Jumaat tapi sebab ada opening marching performance ramai local datang.
LikeLike