~ 8 April 2017 ~
Hari ini adalah hari ke4 aku dan consider hari terakhir di Busan. Sebab esoknya flight aku di pagi hari, sesudah subuh dah nak kena gerak ke airport. Memandangkan ada satu hari aje nak round Busan, so kitaorg decide untuk pegi tempat2 yang penting aje. Hehehehe
Tempat pertama yang dituju ialah Canola Flowers Field. Kalau kat Malaysia glamer minyak canola aje, so meh kita tengok bunga canola kat sini plak. Kalau pegi Jeju time spring memang banyak bunga canola kat sana, kalau kat Busan boleh pegi kat Daejo Ecological Park. Park ni dekat gan Nakdong River.
How to go?
Kalau naik subway turun kat Gangseo-gu Office Station (Line 3, Exit 2).
Korea dan Jepun memang ada macam2 festival. So kat sini pun actually ada festival setiap tahun, “Nakdong River Canola Flower Festival”. Tahun ni festival bermula dari 15 April 2017 hingga 23 April 2017. Since festival tak mula lagi time aku datang sini, diaorg tutup keliling bunga canola dengan tali. Kalau ikut pembacaan aku, sesiapa yang datang time festival boleh bergambar kat tengah2 bunga canola, so kitaorg takde rezeki nak berposing sakan dengan dikelilingi bunga canola. Cuma yang untungnya datang sebelum festival, orang tak ramai so takdelah bersesak2 untuk bergambar.
Kat area ni selain dari bunga canola ada juga spot cherry blossom. Kat tepi2 jalan banyak pokok cherry blossom, pastu ada cherry blossom tunnel. Aku suka yang tunnel tu cuma masa aku sampai cherry blossom dah banyak gugur, kalau tengah full bloom lagi cantik.
Basically kat sini hanya aktiviti bergambar dan menikmati pemandangan bunga2 kuning. Rasa aman aje. Jom ke next destination plak.
Till then c u in my next journey, Insya Allah….
mmg gi jauh2 utk tengok canola ke?
Cherry blossoms mmg cantek..tp di Jepun lg banyak.
Cantek gambar2 yg diambil 🙂
LikeLike
Pegi jauh2 nak tgk cherry blossom sebenarnya tapi alang2 dah sampai Busan singgah tengok canola sebab travel theme ‘bunga’ 😊😊😂
Jepun insya Allah akan sampai masa satu hari nanti cuma bajet kena kumpul lebih.
Gambar dari petikan amatur 😉😊
LikeLike