Weekend Getaway: Sapa, Vietnam – Itinerary & Transportation

Entri kali ni aku buka cerita baru. Cerita Japan maybe tak sambung kot. Rasanya ramai orang Msia dah arif pasal Japan. Nanti kang korang boring baca tempat yang sama aje. 😅😅

SAPA…. kalau nak sebut nama tempat ni kena sambung dengan VIETNAM. Kalau tak orang ingat aku tanya soalan Sape? Hehehe

Trip ni adalah kali pertama kali aku sampai kat Vietnam. Ho Chi Minh pun aku tak sampai lagi tau 😂😂😂 tapi aku tak kisah sangat sebab selalunya trip aku adalah berdasarkan apa yg aku suka bukan pasal tiket murah. ✌🏻 Kenapa aku pilih Sapa? The only reason is nature; ada rice terrace field dan gunung ganang.

Itinerary aku simple aje since kena ‘catu’ cuti rehat aku, so aku pilih weekend National Day dan Awal Muharram, 30 Ogos sampai 2 September. Total dalam 4D3N aje. Fokus trip aku adalah Sapa so jalan2 Hanoi tak fokus sgt, aku pegi mana yang sempat aje.

Day 1: 30 Ogos 2019

  • Sampai Hanoi pukul 1.30pm
  • Masjid An-Noor
  • Mural Street
  • Hanoi Train Street
  • Night Train Hanoi – Lao Cai

Day 2: 31 Ogos 2019

  • Fansipan Mountain
  • Cat Cat Villange
  • Free & Easy Sapa Town

Day 3: 1 Sept 2019

  • Muong Hoa Valley
  • Free & Easy Sapa Town
  • Night Train Lao Cai – Hanoi

Day 4: 2 Sept 2019

  • Hanoi Street Train
  • Fly back to KL 12.30pm

 

Macam mana nak pegi Sapa?

Kalau dari KL korang kena naik flight sampai Hanoi. So boleh masukkan jalan2 Hanoi selain dari Sapa since touch down kat Hanoi.  Kali ni aku naik Malindo Air untuk ke Hanoi. 1st time try Malindo Air.

Secara keseluruhan Malindo not bad, yang best sebab dapat snack gan luggage skali. Makanan kat atas flight memang sedap, seriously sedap walaupun sekadar snack. Masa ke Hanoi boleh tengok movie tapi masa balik ke KL no entertainment. Apa lagi… aku pun melelapkan mata.

Dari Hanoi plak ada 3 cara untuk ke Sapa.

1. Private Transfer

Opsyen ni aku memang tak survey sebab memang takmo naik private transfer. So dari segi harga or company mana yang reliable aku memang takleh nak tolong. Korang boleh try google “private transfer from hanoi to sapa”. Paling penting baca review orang lain. Kalau naik kereta, perjalanan dalam 5 jam.

2. Bas

Opsyen yang ni pun aku tak survey. Tapi ramai backpackers naik bas sebab murah compare to train. Lagi satu kalau naik bas perjalanan ke Sapa dalam 6 jam. Aku rasa klu korang nak naik bas better bertolak pagi at least boleh tengok view sepanjang perjalanan. Lepas tu takdelah sampai malam kat Sapa.

3. Night Train

Inilah pilihan aku dan geng travel. Kenapa aku pilih train bukan bas? Sebab boleh jimat duit hotel dan jimat masa memandangkan trip aku sangat pendek. Kalau naik train ambik masa dalam 7 ke 9 jam. Memang agak lama compare private transport dan bas.

Since night train so naik aje train terus prepare untuk tidur. 😀😀 Satu benda aku nak highlight, klu naik train kita tak sampai terus ke Sapa. Train akan berhenti di Lao Cai Station. So dari Loa Cai kena naik bas ke Sapa dalam 45 minit lebih kurang. Train aku dari Hanoi pukul 10pm, dan sampai Lao Cai Station dalam 6.15am.

Aku naik Livitran Express. Actually ada banyak pilihan train, Fanxipan Express; Sapaly Express; Chapa Express dll. Semua jenis express tu guna train yang sama cuma setiap company ada gerabak masing2. Apa yang membezakan setiap company adalah hiasan dalaman dan harga.

Pastu ada 2 pilihan cabin samada nak 4 katil satu cabin atau 2 katil satu cabin. Seelok2nya kalau takmo campur gan orang lain buatlah trip ke Sapa ngam-ngam 4 pax atau 2 pax. Ini kali ke2 aku naik night train. 1st masa pegi Kunming-Lijiang. dari segi katil aku rasa train Lijiang lagi selesa. dari segi toilet, Sapa ok skit hehehehe. Kalu nak selamat sebelum naik train make sure buang apa yang patut so takyah guna toilet sampai ler pagi. hahahaha

Next entry Insya Allah aku share info pasal accomodation dan budget.

Till then c u in my next journey, Insya Allah……

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s