Weekend Gateway: Sapa, Vietnam – Budget & Accomodation


Budget aku ke Sapa tak complicated sangat sebab short trip. Lepas beli tiket flight baru aku work on item lain since date dah confirm. Mula2 memang aku breakdown budget based on a few items; contohnya macam tiket train, accomodation, food dan lain2. Tapi memandangkan trip jauh lagi aku pun hold dulu research dan budget plan.

Aku beli tix flight dalam bulan Dec 2018. Masa tu Malindo Air buat promo. Harga tak murah sangat wpun promo sbb date trip aku 30 Ogos sampai 2 Sept 2019. Ada cuti Merdeka dan Awal Muharram.

–> Total all in flight tix aku RM596 return.

 

Lepas tu aku start survey accomodation. Entah berapa kali booking, cancel, booking, cancel kat booking.com 😄 At last aku booking 2 bilik di Cosiana Sapa Hotel.

Kenapa aku pilih Cosiana? Masa research pasal halal food di SAPA terjumpa pasal Cosiana Hotel yang provide halal food. Disebabkan nak cari halal food tak berapa nak mudah di Sapa, aku pun booking terus bilik kat Cosiana Hotel. Boleh baca details pasal halal food kat –> SINI.

–> Harga 2 bilik untuk 1 malam, VND1,600

vier dari bilik

 

Dalam bulan Mac camtu aku pun start survey pasal tix train dari Hanoi ke Sapa. Selain daripada train aku survey lokasi-lokasi menarik kat Sapa.  Dalam aku research tu terjumpa ler juga beberapa cerita dan review tourist lain pasal scam trekking guide kat Sapa. Bagi mengelakkan risiko, aku pun contact Cosiana Hotel untuk arrange guide ke beberapa tempat yang aku nak pegi.  Lepas few discussion dengan Lucas dari Cosiana, dia propose ground arrangement yang cover bilik, meals, airport transfer, train to Sapa, guide dan transportation di Sapa untuk 4 hari 3 malam. Lepas discuss dengan geng travel yang lain diaorg agree untuk ambik ground arrangement dengan Cosiana Hotel.  So kitaorg takyah pikir nak beli tiket train dan transportation lain. Kiranya semua kos dah cover, sampai sana just jalan-jalan aje dan standby duit shopping. hehehehe

–> Ground arrangement 4H3M USD195/pax (RM800)

 

Bila kitaorg ambik ground arrangement, so bilik yang aku booking tu aku cancel sebab dah termasuk dalam ground tu. Basically budget aku hanya melibatkan flight dan ground aje. Kalau campur dua-dua tu total bajet aku RM596 + RM800 = RM1,396/pax.

Paling best sebenarnya dalam trip ni adalah food. Kitaorg memang kenyang sentiasa Alhamdulillah, sedap dan banyak untuk kitaorg ber4.

 

Kalau korang stay kat hotel lain, boleh aje datang kat Cosiana Hotel untuk makan. Aku tengok ramai aje yang datang time lunch dan dinner. Lepas tu kebanyakan yang buat muslim package memang akan stay kat Cosiana.  Terpulang pada korang nak arrange macam mana. Kalau arrange sendiri maybe murah ler skit. Bagi aku inilah trip paling relaks sebab takyah plan sangat. Konsep macam pegi holiday kat Indon.. semua supir yang settlekan. 😊

 

Till then c u in my next journey, Insya Allah…..

Categories: VietnamTags: , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: