Since masa begitu pendek untuk aku explore Sapa, aku terpaksa betul-betul pilih tempat yang aku nak pegi. Ada macam-macam jenis trekking kat Sapa ni dan kalau nak lebih adventure stay kat homestay kat kampung. Masa aku research banyak juga option homestay + trekking kat area Sapa.
Personally bagi aku kalau datang time sawah padi menghijau sangat cantik. So Jun/Julai sangat sesuai. Aku datang hujung bulan Ogos, padi dah start menguning tapi belum dituai. Hujan turun almost setiap hari dari hari pertama aku sampai di Hanoi sampai ler hari terakhir aku di Sapa. Alhamdulillah hari terakhir di Hanoi sebelum berangkat pulang, cuaca cerah.
Tips: bawa rain coat atau light jacket sebab cuaca agak sejuk di Sapa. Kalau hujung tahun lagi sejuk.
Fansipan Mountain
Dikenali juga sebagai “the Roof of Indochina”. Fansipan merupakan gunung yang tertinggi di wilayah Indochina. So kalau ke Sapa, Fansipan merupakan a must visit place.
Ada 3 jenis transport kena naik untuk sampai ke puncak Fansipan.
- Train di Sapa Station
Lepas keluar dari train, naik cable car.
- Cable car untuk ke Fansipan
Teruskan perjalanan ke Fansipan dengan naik cable car. Masa dalam cable car perhatikan bahagian bawah sebab korang akan nampak view sawah padi yang cantik. Subhanallah…

- Funicular
Lepas keluar dari cable car actually korang dah sampai di puncak Fansipan tapi belum betul-betul puncak heheheh . Jalan kaki dan naik tangga skit lepas tu korang ada 2 option samada korang meneruskan perjalanan ke atas dengan naik tangga atau naik funicular. Kebanyakan orang yang datang sini akan pilih funicular untuk naik then turun dengan menggunakan tangga. Tapi kalau nak turun dengan funicular boleh juga, jimat tenaga. Total anak tangga untuk sampai ke puncak adalah lebih kurang 600 anak tangga. So pilihan di tangan anda 🙂
Aku tak boleh nak share view Fansipan yang amat cantik tu since masa aku sampai sini, hujan sangat lebat sebenarnya. So dalam keadaan sejuk dan angin yang kuat kitaorg redah juga untuk sampai atas puncak. Alhamdulillah ‘ala kulli hal.


Cat Cat Villange
Kampung ini agak glamer, maybe sebab ia terletak paling hampir dengan pekan Sapa. Kalau kita nak mengenali budaya kaum etnik yang ada di Sapa, kampung ini dapat memberi kita gambaran budaya penduduk setempat. Alhamdulillah cuaca lepas lunch agak baik dan cerah.
Sebelum meneruskan perjalanan ke Cat Cat Village, perlu bayar admission tiket dalam VND70,000/pax. Korang kena expect untuk spend masa lebih kurang 2-3 jam untuk explore kampung ni. Entrance fee dah termasuk dalam harga ground.
Tips:
- bawa air dan snack untuk alas perut.
- kasut yang sesuai sebab kawasan berbukit
- warga emas yang sakit kaki/lutut maybe tak sesuai
- boleh explore tanpa guide


Sapa Town
Pagi lepas breakfast kitaorg decide round Sapa Town sebelum ke Muang Hoa Valley. So just walk around then sebelum balik hotel kitaorang singgah Sapa Museum. Entrance fee untuk muzium ialah USD4/pax. Bayaran ni tak termasuk dalam harga ground sebab kitaorg jalan-jalan sendiri.
Muang Hoa Valley
Valley ni dipenuhi sawah padi yang menghijau. Dalam perjalanan ada 2/3 spot untuk berhenti ambil gambar valley. Masa kitaorg berhenti cuaca tak berapa cerah dan hujan renyai. Alhamdulillah hujan tak lebat cuma untuk ambik gambar valley tak berapa nak nampak sangat sebab berkabus. Selalunya kalau hari hujan, mood aku nak ambik gambar memang ke laut tapi kali ni aku berjaya memaksa diri untuk ambik gambar sebagai kenangan. Lagipun tak tahulah lagi bila aku akan sampai ke Sapa semula.
Itulah antara tempat yang aku sempat visit di Sapa, Alhamdulillah. Kalau betul-betul nak explore segenap ceruk Sapa korang kenalah stay lama skit.
Till then c u in my next journey, Insya Allah….