Chasing Sakura 2019: Kyoto – Keage Incline


~3 April 2019~

KEAGE INCLINE adalah spot sakura yang agak glamer juga. Kalau ikut pembacaan aku memang spot ni sentiasa ramai orang. So bertabah ajelah kalau ke sini especially weekend dan time full bloom. Kalau nak datang sini; kena awal pagi atau lewat petang. Takdelah sampai takde orang tapi mungkin tak seramai waktu puncak.  Kalau betul-betul nak kosong maybe boleh cuba datang sesudah subuh hehehehe.

Masa aku sampai sini dalam pukul 8 pagi. Awal juga kan?  Tapi orang dah agak ramai time tu cuma takdelah crowded, maybe sebab sakura belum full bloom. Ada beberapa pasang pengantin bergambar.  Syok plak kalau ada gambar wedding berlatarbelakangkan sakura. Boleh ajak hubby buat photoshoot kat Japan masa anniversary ke-20 nanti hahahahaha Lagi 2 tahun aje tau, tahun 2021. Ok tak idea ni?

How to go?

Naik subway Tozai Line dan turun di Kaega Station.

 

keluar aje dari station terus belok ke kanan

 

jalan terus aje… kalau mendongak atas tebing belah kanan, actually kat atas tulah keage incline.

 

Jangan risau sesat… jalan aje terus sampai ler tebing tu dah tak jadi tebing hahahaha…. so nanti boleh ikut aje landasan keretapi tu ke atas. Keage Incline ni ala-ala Gyeonghwa Station di Jinhae, Korea.  Pokok Sakura penuh sepanjang landasan keretapi. Jom layan gambar…

naik aje terus ke hujung sambil bergambar

tengah bz posing hehehe

kami ber4… yang ke5 jadi photographer

Tadi kita naik ke arah atas jalan keretapi tu, lepas tu boleh turun sampai hujung. Kekurangan kawasan ni takde tempat boleh hanami. Kitaorg dah lapar dan sejuk tapi tak dapat nak cari tempat lepak yang best untuk makan dan rest. At the end kitaorang duk kat bahagian tepi landasan aje. Perut mana boleh kosong nanti tak best jalan. Sekarang layan gambar ke arah bawah plak.

kolam ni di penghujung landasan.

jangan lupa naik atas bridge tu so boleh ambik gambar keage incline dari atas.

 

Now layan gambar dari atas bridge plak….

 

Hopefully entry ni dapat menaikkan semangat korang untuk datang sini time sakura. Personally aku suka tempat ni cuma cuaca sejuk sangat masa ni, unexpected untuk spring season.

 

Till then c u in my next journey, Insya Allah…..

 

Categories: JapanTags: , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: