Chasing Sakura 2019: Osaka

~31 March 2019~

Assalammualaikum…

Sangat lama rasanya tak menulis blog. Insya Allah nak tulis cete trip ke Japan last spring. As usual setiap tahun aku akan cuba cari satu tempat untuk menikmati musim bunga. Rezeki tahun ni aku ke Osaka dan Kyoto dan aim utama aku ialah… Chasing Sakura. πŸ₯°πŸ₯°

Tahun depan maybe adalah tahun terakhir utk jalan2 time spring sebab bulan Ramadhan makin lama makin awal. No plan yet for next year. Buat masa ni ler heheheh

Post kali ni aku just share tempat-tempat yang aku pegi untuk tengok sakura. Since Osaka dan Kyoto dah ramai yang pegi so tempat-tempat kat sana dah terlalu common kot untuk rakyat Malaysia. Guideline untuk tempat sakura yang aku pegi adalah melalui Mr.Google aje. Aku tau kat FB ada group Road to Japan tapi personally aku memang tak suka sangat baca tips atau komen kat group page. Bila banyak-banyak aku jadi serabut. Aku prefer research sendiri atau kalau nak tanya aku PM mereka yang berkenaan sahaja (‘mereka’ ni refer to kenalan online atau kawan2 yang dah pegi).

Once aku gan Hazilah decide nak gi Japan masa musim bunga, kitaorg memang expect harga flight tix tak akan dapat murah sangat. Tanbahan plak date yang kitaorg choose time peak sakura.

Bila date yang sesuai untuk tengok sakura? Soalan ni sangat susah nak jawab. Semuanya kuasa Allah. Jangan lupa berdoa semoga direzekikan melihat sakura kembang cantik.

Tips:

  • Tengok forecast sakura dalam 2/3 tahun punya. Insya Allah boleh agak date yang sesuai. Date berbeza ikut region.

Harga tiket yang aku beli plus minus RM1.2k. Sepanjang aku monitor harga flight ke Osaka, utk peak date sakura memang susah nak turun kurang dari RM1k. Harga paling tinggi yang aku pernah tengok RM2k untuk sorang. Kalau korang dapat harga lebih rendah, Alhamdulillah memang rezeki korang.

Oh ya, nak tau ke date yang aku pegi? β˜ΊοΈπŸ˜‰ Aku pegi dari 29 Mac sampai 7 April 2019. Tahun ni Sakura lambat bloom kat Osaka dan Kyoto. Tapi aku still dapat enjoy sakura view cuma belum betul-betul full bloom. Alhamdulillah ‘Ala Kulli Haal….

Ok aku nak share chasing sakura spot yang aku pegi di Osaka.

Osaka Castle

Area castle ni sangat besar. Aku tak cover semua. Actually sekeliling castle tu ada beberapa park. Antara larat atau tak aje untuk jalan-jalan. Aku terus masuk main entrance ke Osaka Castle. Kat entrance aje dah lama bergambar dengan sakura.

Excited giler bila tengok bunga sakura merata-rata. 😊😊πŸ₯° Kitaorg terus ke area depan castle. Kat situ tak berapa banyak pokok sakura. Agak berebut gak untuk cari spot yang cantik sakura + Osaka Castle. Actually sakura belum full bloom masa tu.

How to go?

Kalau naik subway station paling dekat ialah Tanimachi Yonchome Station. JR station terdekat plak Osakajokoen Station.

 

Kema Sakuranomiya Park

Park ni dipilih sebagai destinasi untuk berhanami. Actually 3 org kawan aku pegi USJ, so aku & Hazilah tak join. Kitaorg berdua menghabiskan masa lepak kat taman sambil menikmati sakura.

Kitaorg bawa bekal onigiri, air dan sambal ikan bilis untuk lunch. Sampai aje kat park terus cari port untuk bentang tikar. Since datang time sakura, jangan lepaskan peluang untuk hanami. So make sure bawa alas untuk duduk dibawah pokok sakura. Ni ala2 macam orang Japan ler.

Lepas abis alas perut kitaorg jalan-jalan sekitar park ni bergambar. Korang jalan aje area mana yang ada Sakura dan selagi kaki larat.

Park ni berdekatan dengan riverside dan kenapa jadi spot sakura yg terkenal? Sebab ada lebih kurang 4500 pokok sakura. Bayangkanlah klu tengah full bloom… sangat cantik sebab banyak pokok.

How to go?

Kalau naik Keihan Railway atau Subway Tanimachi Line boleh turun di Temmabashi Station.

JR Tozai Line turun di Osakajo-kitazume Station.

JR Osaka Loop Line turun di Sakuranomiya Station. (Station ni paling dekat dengan park)

 

Actually banyak lagi park yang jadi spot sakura. Tapi di Osaka aku pegi 2 tempat ni aje. Tempat2 lain yang aku pegi bukanlah spot sakura tapi places of interest yg kena pegi klu dah sampai Osaka.

 

Next entry insya Allah aku sambung spot sakura di Kyoto plak.

 

Till then c u in my next journey, Insya Allah….

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s