~ 20 Jan 2019 ~
Sempena cuti Thaipusam 21 Jan 2019, aku dan Azie decide untuk pegi Johor visit geng Kolej Pernas UUM atau lebih dikenali sebagai geng Astakona; Arin dan Ame. Plan dah lama tapi nak dapat date semua available sangat susah. Macam2 komitmen, Alhamdulillah dapat juga merealisasikan impian ke rumah Arin. Sedih juga sebab Saad dan Elly takleh join. Insya Allah nest time kita pegi jenjalan ke lain plak ya.
Entry kali ni aku nak fokus pada Tanjung Piai aje sebab inilah tempat utama aku nak pegi once turun Johor. Kitaorg gerak lepas breakfast dari rumah Arin. Perjalanan dalam sejam 40 minit. Patutnya aku enjoy view sepanjang perjalanan tapi ntah kenapa mata aku lelap macam makan ubat tido. 😂😂
Kitaorg sampai lebih kurang pukul 12 tengahari di kala panas terik. Panas2 pun redah aje…
Tips:
- Pegi awal kalau takmo panas
- Pakai kasut yang selesa sebab jalan banyak
- Kalau sampai tengahari, pakai topi dan spek hitam
- Kalau nak bawa kipas tangan pun boleh hehehehe
Tanjung Piai juga dikenali sebagai Penghujung Selatan Benua Asia, so kalau ke Johor try lah slot time untuk datang sini sambil menikmati view laut dan paya bakau.

Info:
Waktu operasi: 8am – 5pm (weekend sampai 6pm)
Entrance Fee:
RM5 – Dewasa,
RM3 – student bawah 18 tahun,
RM3 – atas 50 tahun
Dulu Arin kata masa dia datang jalan untuk bergambar kat globe tu ada timing. Bila air laut pasang tak boleh lalu, so memang kena plan betul2 timing untuk datang sini masa tu. Alhamdulillah masa aku datang ni dah ada jalan baru yang lebih tinggi. Air laut pasang pun boleh datang. Bila management national park ni buat jalan baru tu aku tak sure.



Bila dah abis round sebelum exit tu singgah ler dulu kat bilik tayangan video. Kenapa aku suggest masuk dalam bilik tayangan tu? hehehe 2 in 1… boleh sejukkan badan sebab ada aircond sambil tengok video berkenaan Tanjung Piai.
Till then c u in my next journey, Insya Allah….