Refleksi 2018….
Kalau di kira nikmat yang diperolehi dariNya sepanjang tahun ini, memang tidak terkira.
Tidak mampu untuk dikira dengan menggunakan 10 jari ditangan dan juga 10 jari dikaki.
Betapa rapuhnya hati ini kerana aku seringkali alpa dalam mengingatiNya.
Adakah sekadar ingat tanpa rindu?
Adakah sekadar ingat tanpa memberi yang terbaik?
Adakah sekadar ingat tanpa memberi cinta yang mendalam?
Chiang Mai, Kashmir, Iceland, Cornwall, tukar department baru, anak SPM… pelbagai rasa dan pengalaman yang aku tempuh.
Terima kasih Ya Allah. Mimpi akan terus menjadi mimpi jika bukan Kau yang memberinya.
Adakah dapat aku mencari ibrahnya?
Adakah dapat aku lihat dengan mata hati aku?
Adakah dapat aku memberi inspirasi dan manfaat pada yang lain?
Atau sekadar berlalu kosong seperti angin menghembus daun.
Ampuni aku Ya Allah atas kelemahan aku dan kealpaanku.
Datangnya 2019…
Amat malu untuk aku minta lebih dariMu sedangkan sedikit sahaja yang aku berikan
Aku hanya mampu bermimpi dan berdoa
Semoga tahun berikutnya aku menjadi hambaMu yang lebih bersyukur atas nikmat yang Kau kurniakan
Semoga tahun berikutnya aku menjadi hamba yang lebih memahami apa yang tersirat dengan mata hatiku dalam permusafiranku di duniaMu ini.
Semoga apa yang dirancang menjadi kenyataan
Semoga langkahku sentiasa dalam Rahmat dan RedhaMU
HOLA 2019….