~12 Okt 2018~
Minack Theatre adalah sebuah teater yang berbumbungkan langit dan berdindingkan tebing dan lautan. Dari Land’s End dalam 10-15 minit aje. Pentas teater ni masih beroperasi dan kalau berminat nak menghayati teater boleh datang weekend. Check aktiviti schedule kat website ni.

Kalau nak masuk ke Minack Theatre bayar £5 aje per pax tanpa persembahan. Klu ada persembahan teater ada additional cost. Masa kitaorg sampai sini angin masih kuat tapi itu tidak mematahkan semangat kitaorg utk enjoy view kat sini.
Minack Theatre ni diusahakan oleh Rowena Cade. Persembahan pertama di teater ni pada tahun 1932. Kalau nak baca sejarah lanjut boleh baca kat sini. Bukanlah aku takmo tulis summary tapi better korang baca sejarah dari sumber yang asal. Maybe lebih penghayatannya. 😉
Bagi aku tak rugi datang sini, kalau ada yg minat teater bolehlah try join tengok peformance kat sini, maybe lain skit feel dia since pentas ni open air.
Sebelum sampai ke Minack Theatre akan jumpa ruang pameran yang menceritakan sejarah pembangunan teater. Lepas tu boleh tgk video kalau rasa malah nak baca. Ruang pameran ni mmg wajib lalu sebelum sampai ke pentas teater.


Lepas dah abis tgk video… kita explore the real theatre…
Actually dah nak abis dah cete aku kat Penzance. Maybe ada lagi satu entry aje lagi utk aku cete pasal Penzance. Insya Allah kalau aku ada mood 😄😄
Cornwall sangat besar sebenarnya, so kalau betul2 nak explore kena spend lebih masa skit. Tapi since aku nak stay kat Penzance aje, aku cari tempat2 yg berdekatan aje. Insya Allah aku akan dtg lagi ke Cornwall untuk explore tempat lain plak.
Till then c u in my next journey, Insya Allah…