~12 Oct 2018~
Land’s End…. sangat sesuai bagi yang minat nature terutama cliff dan laut. Kat sini view ala2 Scotland dan Ireland. Cuaca mendung dan hujan dari pagi. Perjalanan tak sampai 30 minit pun dari Penzance. Alhamdulillah wpun masa sampai sini mendung tapi hujan dah stop, cuma angin sangat kuat. Bukan calang2 angin tau sebab badan aku yang kurus ni pun rasa melayang-layang.
Kat Land’s End ni ada a few tempat boleh visit tapi aku memang tak boleh nak tengok dan explore betul2 sebab duk fokus untuk berjalan melawan angin. Takut juga kang kot terleka aku yang terbang hahahaha.
Jalan2 kat sekitar Land’s End ni FOC cuma kena bayar parking kereta aje. Kat sini boleh jalan2 ikut trail tepi tebing. Pastu jangan lupa bergambar kat Land’s End Signpost dan First and Last House. Basically aktiviti utama adalah untuk enjoy view laut dan cliff. Aku tak dapat nak jalan ikut trail sangat sebab angin kuat, bergambar pun ala kadar aje.
Meh ler tengok gambar yang sempat aku capture dalam keadaan sejuk dan menahan badan dari melayang.







Till then c u in my next journey, Insya Allah…..
Tengok cerita Poldark rasa teringin nak ke Cornwall. Cantik!
LikeLike
Cornwall memang cantik! Stay kat sini tak rasa nak rush pun, relax aje 😊
LikeLike