Autumn Trip 2018: Iceland – Aurora Borealis

~5 Okt 2018~

Selain daripada Alhamdulillah Subhanallah tiada ucapan lain yang layak untukNya. Buat kali ke2 Allah kurniakan rezeki bagi aku dan pertama kali buat kawan2 dalam trip aku kali ni untuk melihat AURORA.

Kali ni aku tak tido macam last year ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€ Fazu dah siap PM aku supaya aku tak tido. Tq adik manis sebab bagi reminder ๐Ÿ˜

Petang tu kitaorg gerak dr Skagafoss sampai ke Base Hotel dalam pukul 8.30pm. Alhamdulillah cuaca mmg sgt cerah dan kalau ikut forecast mmg ada aurora malam tu. Sunset petang tu pun sangat cantik! Subhanallah.

Lepas dapat kunci, Faidz terus set pukul 9pm utk keluar cari aurora. Harapan Faidz untuk makan cekodok sambil tgk aurora tak kesampaian. Memang tak sempat nak buat apa, dinner pun tak sempat. Just bawa apa yg patut utk alas perut.

Kuar aje kete dr parking, Faidz dah excited sebab nampak aurora. Aku yg duk setup kamera gan tripod dlm kete, jadi tak keruan. Faidz dapatlah snap guna handphone, tapi tak bape clear.

Kitaorg meneruskan perjalanan utk cari tempat yg sesuai dan paling excited dari dlm kete dah nampak line putih beralun2 macam ala2 asap. Geram aje tengok sebab itulah Aurora dan kitaorg masih dalam kete.

Dalam 10 minit camtu Faidz stop kat satu kawasan lapang dan gelap. Aku main agak aje 10 minit tapi tak jauh pun dari hotel kitaorg kat Keflavik tu. Aku pun mulakan operasi setup DSLR aku, masa tu mmg dah nampak beralun2 memanjang aurora tapi stil kaler putih. Aku pun snap 2/3 kali pastu kat screen kuar hitam aje. Adussss panic jap aku. Dalam hati duk bercakap “nape hitam aje ni”? “Salah setting ke?” Aku adjust setting kamera pastu snap lagi, dan hitam lagi. Tak nampak pun hijau kat screen kamera. Allah aje tau macam mana perasaan aku masa tu. Geng2 lain tgh excited tgk kat awan. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Tiba2 Allah gerakkan hati aku check lense kamera. Ya Allah!!! Rupanya aku tak buka penutup lense. Patutlah hitam aje. Aku pun snap satu gambar, lepas tu nampaklah si hijau aurora kat screen…. Alhamdulillah. Ku ingat kamera ku rosak ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Bermula sesi menangkap gambar sebanyak yang mungkin. Paling happy tempat tu kitaorg yang punya. Takde org lain pun kat situ. Last year masa kat area lighthouse ramai sangat umat, kali ni Allah rezekikan aku ambik gambar aurora dengan tenang.

Dalam hati ucapan Alhamdulillah tak putus2 sebab dpt lihat aurora lagi sekali. Perasaan excited kali pertama dan kedua tetap sama. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜…

Suhu malam tu -7 Darjah Celcius, memang sejuk tapi kitaorg bertahan selam 2 jam utk lihat aurora. Terima kasih Ya Allah atas nikmat yang Kau kurniakan. Malam tu semua tersenyum lebar dan boleh tidur dengan lenanya.

Till then c u in my next journey, Insya Allah….

Advertisements

6 thoughts on “Autumn Trip 2018: Iceland – Aurora Borealis

  1. Mlm tu sampai2 terus charge hp.. Dan terus tertinggal hp dlm bilik.. Terpaksa me numpang jasa baik kekawan utk picture terbaik ni bersama aurora sbg gambar later blkg.. Lepas amik gambar berkali2 dgn hasil blur.. Nasib kita amik keputusan bergambar ramai2.. Dgn hugging close with each other.. Dpt la gambar yg clear sikit

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s