Advertisements

Chiang Mai Trip 2018: Accomodation & Transportation


Trip aku 5 hari 4 malam. Semalam aku bermalam di Mae Klang dan 3 malam lagi kat bandar Chiang Mai.

Mae Klang tu pekan yang paling dekat dgn National Park. Simpang nak ke guesthouse yang aku booking tu sebelum kaunter tiket National Park. Actually aku nak bermalam dalam National Park tapi tak jumpa accomodation kat internet. Masa on d way ke atas, aku nampak ler a few chalet tepi lereng bukit mengadap bendang sawah. Klu musim tanam pada mesti cantik.

Perjalanan dr Chiang Mai ke National Park ambik masa dalam 2 jam. So terpulang nak buat day trip or bermalam kat area Mae Klang ni. Aku pilih bermalam kat sini sebab nak round area National Park puas2 dari awal pagi.

Mae Klang Banyen Hill

img_0354

 

Aku booking guesthouse ni through booking.com. Harga twin room semalam yang aku dapat THB1,200. Aku suka guesthouse ni sebab sunyi aje. So peace….

Masa aku check in ada 2 bilik aje yg org booking kat sini. Area sekeliling ala2 cam janda baik. Ada sungai, pastu ada kedai makan kat tepi2 sungai tu. Best klu dapat lepak makan sambil dengar bunyi air. Aku gan fazu sekadar jalan2 aje keliling kampung sebelum maghrib.

img_0353

img_0359

reception

img_0357

bilik yang aku booking

img_0356

katil beradu

img_0358

balcony tapi tak dpaat lepak sangat kat luar, malam sejukkkkk

img_0355

bilik2 lain… sunyi aje kat sini

img_0110

breakfast bubur nasi ikan… sedap sangat!

 

Nap in Chiangmai

img_0346

 

Lepas dah explore Doi Inthanon National Park, aku check in kat area bandar Chiang Mai. Hotel ni mmg kat centre betul2. Easy access by foot to Night Market, Anusarn Market, Halal Street, Hard Rock Cafe dll. Betul2 sebelah Hotel Le Meridien.

Aku stay kat sini 3 malam dengan harga THB3120 untuk double room. Itu total harga utk 3 malam ya. Turun aje hotel ada 7E, ATM (kot2 tak cukup duit senang aje nak withdrawa heheheh), ada gak money changer, kedai laundry pun ada 2/3 dekat2 sini. Paling penting boleh in out jalan2 kat area bandar dengan jalan kaki aje.

img_0345

area depan reception

img_0344

area menunggu

img_0343

ada computer dan internet

img_0349

sinki kat luar toilet

img_0350

img_0351

img_0348

img_0347

 

Now aku nak cete pasal transportation plak…..

Transportation kalau nak round2 Chiang Mai ada beberapa option. Kat bandar banyak aje travel tour yg offer day trip or half day trip ke tempat2 yang menarik sekitar Chiang Mai. Even klu nak ke Doi Inthanon National Park pun ada day trip. Tapi aku prefer ikut time aku, so klu ambik day trip ni kita join gan org2 lain dan normaly kena ikut masa yg ditetapkan oleh travel tour tu.

Tuk-Tuk sesuai klu nak buat city tour aje. Aku gan Fazu dapat driver tuk-tuk yang pandai cakap english. Dia offer sejam THB60 utk 2 org. Nana ada inform aku yg tuk-tuk slalu start dari THB80 dan mengikut jarak.

img_0362

tuk-tuk

Selain dari tuk-tuk, kat Chiang Mai ada Red Cab. Red cab ni kita boleh tahan kat mana2 macam bas. Selagi tak penuh, driver akan berhenti ambik customer. Harga naik Red Cab ialah THB30/pax. Klu nak sewa satu Red Cab utk kita aje, maknanya takmo share gan org lain kena discuss harga gan driver. Aku tak sure dia charge camne; maybe ikut destinasi, maybe ikut time.. Wallahuaalam.

img_0361

red cab

Bagi sesiapa yang nak drive sendiri boleh juga sewa kete atau motor. Klu rakyat Malaysia tak perlu international driving license, boleh guna lesen kenderaan Malaysia aje. Harga sewa korang kena explore sendiri ya 😅😅

Lagi satu option korang sewa kenderaan skali gan driver. Korang just bagi itinerari aje kat dia. Diaorg even boleh suggest better itinerari klu diaorg rasa boleh adjust. Since kawan2 aku dah pernah guna service Nana, aku pun contact Nana gak. At least kita tau service dia ok. Nana hanya communicate thru FB Messenger shj. Boleh communicate english. Klu berminat nak guna service Nana boleh cari dia kat FB ya.

Dia dah biasa bawa Muslim so insya Allah dia tau apa yg kita boleh makan, dan apa yang tak boleh makan.

img_0363

FB Nana

Itu aje yg aku nak share pasal accomodation dan transportation. Semoga bermanfaat.

Till then c u in my next journey, Insya Allah….

Advertisements
Categories: ThailandTags: , , , , , , , , , ,

1 comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: