Chiang Mai Trip 2018: Halal Food

Insya Allah entri kali ni aku nak cete skit pasal halal food di Chiang Mai.  Kalau nak cerita pasal halal food masa travel ni memang slalu jadi isu panas.  Kepelbagaian bangsa, agama dan juga kerenah manusia memang boleh menimbulkan pelbagai perselisihan bukan sekadar pasal makanan tapi dalam macam2 hal.

Cuma aku nak pesan dalam kita membaca mahupun memberi pandangan dalam sesuatu isu berlapanglah dada. Tak perlulah kita bertekak mahupun mengutuk.  Kalau kita ada prinsip kita just ikut apa yang kita yakin tapi janganlah kita paksa orang lain untuk ikut apa yang kita yakin.  Bagi pendapat boleh cuma kenalah kita berhemah.  Ok, back to Chiang Mai story…..

Kalau korang stay kat tengah Bandar Chiang Mai, Insya Allah senang nak cari kedai makanan halal.  Since aku stay kat Nap in Chiangmai, Alhamdulillah memang senang nak cari makan, walking distance aje.  Tapi kalau ada kawan2 yang jenis tak yakin maka bawalah makanan dari Msia.

Halal Street

img_0254
signboard kat simpang ke Halal Street
img_0252
pintu gerbang nak masuk ke Halal Street

Kat sini ada few restaurants dan gerai2 tepi jalan. Insya Allah semua kedai halal kat area ni. Boleh nampak bangunan Pusat Islam, pastu ada masjid kat hujung jalan ni.

Kalau dari hotel aku, jalan kaki dalam 6 minit aje.

img_0262
aku rasa ini Pusat Islam.. agak2 aje sebab takde signboard tulis english
img_0263
gerai2 sepanjang Halal Street. masa ni aku pegi petang untuk beli dinner
img_0266
sliced beef ni sedap sangat, korang mesti cuba tau
img_0265
antara restoran yang ada
img_0259
cucur udang

Kalau nak breakfast kat sini pun boleh, ada beberapa restoran cuma aku tak sure buka pukul berapa. Ada skali tu aku sampai dalam 8.30am camtu, dah buka.  Kalau nak tapau utk lunch pun boleh in case kalau korang rasa tempat yang nak dituju takde restoran halal ataupun korang was2.  So belilah siap2 nasi goreng ke.

DSC_0028 (Large)
2 kali aku breakfast kat sini

Anusarn Market

DSC_0739 (Large)
entrance ke Anusarn Market
img_0180
aku tak tahu nama restoran ni tapi masakan thai kat sini sedap sehingga tak pandang kiri kanan hehehehe

Once korang masuk kat entrance tu boleh ke kanan.  Belah kanan ada beberapa kedai makanan halal. Korang pilih aje lah, tapi kedai yang aku pegi tu ke dalam skit sebelah kedai arab.  Insya Allah jumpa, jalan aje pelan2.

Itu aje yang aku boleh share pasal kedai halal food.  Kalau tak yakin then bawalah bekal dari Malaysia.  Terpulang pada tahap keyakinan korang.

Antara gambar food yang aku makan.  Actually aku tak banyak ambik gambar food sebab bila perut dah lapar memang tak ingat nak ambik gambar. hahahahaha  Kalau ikutkan aku ada makan tomyam, ikan bakar dll tapi lapar mengatasi segalanya.

Till then c u in my next journey, Insya Allah…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s