Switzerland….
Actually Swiss tak masuk dalam 1st draft itinerary aku. Tak pernah terfikir nak ke Swiss pun sebab duk pikir nak tgk tulip aje 😄.
Fuad dari Perantau Holidays yang suggest masukkan Swiss dalam itinerary. Oklah, aku pun minta dia suggest tempat dan paling penting $$$$.
Lepas aku go through itinerary yg Fuad bagi, bermulalah aktiviti ‘google’ dan ‘youtube’.
“Masya Allah cantiknyaaaaaaa”… Itulah ungkapan aku dan aku terus terbayang2 keindahannya.
Bayangkanlah itu hanya keindahan di dunia yang sukar digambarkan dengan kata2. Apa lagi syurga Allah yang tidak terjangkau oleh fikiran kita. Aku seringkali alpa dengan keindahan dunia sedangkan aku perlu pahatkan kemewahan, keindahan, kesenangan yang akan aku kecapi di syurga jika aku menjadi hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Janji yang PASTI dariNya….
Allah tidak pernah menyuruh kita meninggalkan dunia untuk akhirat tapi aku hanya mampu berdoa semoga apa yg aku nikmati ini menjadi ibadah dan mendapat redhaNya. Amin…..
My journey for another 3 days in Swiss…