Aku nak kongsi 9 destinasi yang ‘wajib’ kita pegi sebagai pelancong muslim. Dalam dream list kita mesti banyak negara atau tempat yang kita nak lawati so pastikan 9 tempat yang aku nak ceritakan ni dimasukkan dalam list korang. Walaupun dah ada dalam list tapi kita kena tgk juga keadaan semasa sebab kalau dah tempat tu tak aman tak sesuai untuk kita melancong.
Sumber kandungan aku refer Majalah al-Ustaz (isu #20).
1. Makkah – Arab Saudi
Di sini terletaknya Masjidil Haram yang dalamnya terdapat Kaabah iaitu kiblat umat Islam.
2. Madinah – Arab Saudi
Makam Nabi Muhammad terletak di dalam Masjid al-Nabawi. Berdekatan Masjid al-Nabawi terdapat perkuburan Baqi’ iaitu makam ahli keluarga dan sahabat Nabi.
3. Baitul Maqdis – Palestin
Masjid Aqsa sebenarnya berkubah hijau kehitaman bukan berkubah kemasan seperti dalam gambar. Kubah emas itu ialah ‘Dome of Rock’ yang di dalamnya terdapat sebuah batu besar yang dikatakan tempat Nabi Muhammad berdiri ketika peristiwa Israk Mikraj.
4. Istanbul – Turki
Antara tempat menarik untuk dilawat ialah Masjid Biru, Istana Topkapi, Pamukkale (Cotton Castle), Hagia Sophia.
5. Andalusia – Sepanyol
Antara tempat yang menarik ialah Istana al-Hambra, Selat Gibraltar, Masjid Cordoba, Ronda, Toledo.
6. Petra – Jordan
7. Kaherah – Mesir
Antara tempat yang boleh dilawati ialah Piramid, Citadel (rumah pemerintah mesir berusia 700 tahun), Gereja Gantung.
8. Damsyik – Syria
9. Dubai – UAE
Walaupun 9 destinasi tersebut adalah sangat wajar sebagai pelancong muslim untuk kita lawati, itu tidak bermakna kita tak boleh pergi negara lain. Melancong ke negara bukan Islam adalah harus selagi kita dapat menjauhkan diri daripada perkara2 haram, mengekalkan jati diri sebagai Muslim dan tidak terpengaruh dengan budaya mereka yang bertentangan dgn syariat Islam.
Wallahuaalam….