~ 27 Oktober 2019 ~
‘Di belakang kita laut, di depan kita musuh. Kita terpaksa memilih kemenangan ataupun syahid.’
Itulah kata2 keramat Tariq bin Ziyad, panglima tentera Islam yang diamanahkan oleh Musa bin Nusair untuk memimpin 12,000 tentera Islam ke Spain. Disebabkan itulah Tariq sanggup membakar kapal perang yang mereka naiki supaya tentera Islam di bawah pimpinannya tidak bercita-cita untuk pulang.
Dengan menaiki feri untuk merentas lautan antara Morocco dan Spain, sedikit sebanyak kita boleh cuba merasai dan membayangi perjalanan Tariq dari Morocco ke Spain. Walaupun tidak sama tapi cukup untuk kita memahami sejarah dan ibrahnya.
Tips: Bacalah sejarah Andalusia sebelum datang ke Spain dan Morocco supaya trip kita lebih bermakna. Insya Allah
Menaiki feri untuk ke Tangier dari Tarifa adalah pilihan popular kalau nak ke Morocco bila dah sampai Gibraltar ataupun Malaga. Apa2 pun semuanya bergantung pada itinerary korang.
Entri ni aku cuba untuk share perjalanan aku dari Gibraltar hingga sampai ke Tangier. Aku cuba untuk tulis sebaik mungkin supaya menjadi manfaat kepada yang berkenaan. Aku minta maaf kalau entri ni tak details atau buat korang confuse. Faham2 aje lah, kadang-kadang aku ni lupa nak jot down dan ambik gambar apa yang patut bila dah sibuk mencari jalan.
Alhamdulillah masa kitaorg menunggu bas di Gibraltar untuk ke border Spain (frontier), kami bertemu dengan seorang pakcik ni bernama Muhammad. Dia bekerja di Gibraltar dan ingin pulang ke kampung dia di Morocco. Sepanjang perjalanan kami dari border sampailah ke ferry port di Tarifa, kitaorg tak perlu mencari2 jalan. Uncle Muhammad tu suruh ikut aje dia so klu kita ikut org slalunya tak berapa nak peka sgt dengan kiri kanan. Mata duk fokus follow orang depan.
Simple step macam mana nak ke ferry port Tarifa dari Gibraltar.
1.Naik bas ke frontier Gibraltar
Naik bas no 5 atau no 10 untuk ke frontier. Boleh tunggu bas di stesen bas tengah town. Harga tiket £1.40/pax untuk sehala. Bas akan berhenti kat frontier lepas tu ke jalan melepasi imigresen untuk masuk ke La Linea, Spain.

2. Naik bas ke Algeciras
So bila dah masuk area La Linea, Spain cari stesen bas untuk ke Algeciras. Selepas dari buiding imigresen tu melintas ke seberang dan belok ke kiri. Jalan terus sampai nampak simpang ke kanan then belok kanan. Jalan aje terus sampai nanti nampak satu kedai makan. Stesen bas seberang dari kedai makan tu.
Harga tiket dari La Linea ke Algeciras €9.80 untuk 4 pax.




3. Naik shuttle bus ke ferry port Tarifa
Sampai di stesen bas Algeciras, kena jalan kaki dalam 20-25 minit untuk ke Port of Algeciras. Shuttle bas FRS kena naik kat port tu bukan kat stesen bas Algeciras. Kitaorg beli tiket ferry FRS dari Tarifa ke Tangier. So FRS ada sediakan free shuttle bus dari Algeciras ke ferry port Tarifa. That’s why kitaorg ke Algeciras. Tiket ferry beli online aje (https://www.frs.es/en/). Perjalanan dari Algeciras ke Tarifa dalam 30 minit.







4. Menaiki feri dari Tarifa ke Tangier
Sampai di ferry port Tarifa, macam kat airport korang kena melalui passport control dan bag checking. Dah nak masuk negara lain so standardlah prosedur tu. Aku tak ambik gambar sangat kat sini sebab orang ramai, malas nak keluarkan kamera.

Bila dah naik feri korang kena dapatkan borang imigresen then beratur kat passport control counter. Kalau nak cepat suruh sorang geng travel korang untuk beratur dulu, then yang lain isi form. Jangan tunggu dah siap isi form baru beratur nanti Q panjang. Perjalanan ke Tangier ambik masa 1 jam; tempat duduk dalam feri ni free and easy so boleh stay kat dalam feri atau nak duk kat luar mengadap laut.




5. Tangier, Morocco
Alhamdulillah setelah melayan perasan selama 1 jam atas feri, kitaorg sampai di Tangier. Masa kitaorg travel ni kat tv tengoh hot cerita kdrama Vagabond, dan Tangier adalah salah satu tempat lokasi pengambaran drama tu :-). Kalau sampai sini awal skit boleh terserempak Lee Seung Gi hehehehe.

Kalau korang takde duit dirham Morocco jangan risau, kat sini boleh tukar duit dirham. Kitaorg bawa Euro dan GBP aje dari Msia. So sampai aje Tangier, perkara pertama ialah tukar duit dirham.



Lepas dah settle tukar duit kitaorg pun gerak ke hotel. Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami dengan bertemunya uncle Muhammad. Semoga uncle Muhammad sentiasa dalam rahmat dan redha Allah.

Semoga panduan ringkas bagaimana untuk ke Tangier dari Spain bermanfaat kepada kawan-kawan yang nak cuba menaiki feri. Mohon maaf kalau info yang ditulis tak details.

Till then c u in my next journey, Insya Allah……
Tq for sharing. Singgah sini juga!
LikeLike
Bila pegi tu?
LikeLike
Thanks for sharing.. Kami sampai Gibraltar saja masa round Spain.. Tak sempat ke Morocco.. Seronok tengok trip ni..
LikeLike
Alhamdulillah.. tunggu saya entry lain. Doakan saya supaya terus rajin menulis. 😍
LikeLike