Autumn Trip 2017: Iceland – Skogafoss & Seljalandsfoss

2 lokasi terakhir utk day 4 aku kat Iceland sebelum bergerak terus ke Reyjkavik. Hujan on off turun tapi Alhamdulillah ala kulli haal, masih ada rezeki utk menikmati pemandangan yg indah. 2 waterfall ni juga adalah lokasi filem Dilwale. Memang terkenan SRK dan Kajol betul aku πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Dua2 waterfall ni sangat tinggi dan besar bagi aku. Walaupun seakan2 sama tapi cantik yang berlainan, so bagi aku takdelah rugi sangat klu nak gi dua2 tempat.

Skogafoss

Kalau larat boleh tgk view waterfall dari atas tapi kena naik tangga. Aku tak sure berapa tinggi dan ambik berapa lama untuk ke atas sebab aku tak naik. Dari tempat parking tangga ke atas belah kanan waterfall. Bila makin petang cuaca makin sejuk ditambah plak hujan on off, badan aku takleh tahan cuaca sejuk dah tapi sebab nak ambik gambar kenalah tunjuk macho 😜😜.

 

Seljalandsfoss

Kat sini plak scene SRK dan Kajol menari belakang waterfall. Dari KL aku dah berazam nak bergambar macam tu gak sebenarnya (parah tak aku πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚). Tapi realitinya bila sampai sini, aku kesejukan yang amat, bila badan bertemu hujan dan juga percikan air terjun. Kalau betul2 nak pegi belakang waterfall kena prepare basah seluruh badan. So pakai baju, seluar yang kalis air ya. Masa tu aku paling risau kamera aku, takut rosak kena air sebab aku tak bawa plak cover plastik masa tu. At last lepas menahan sejuk ambik gambar, aku back off dari meneruskan perjalan ke belakang air terjun. Dua sebab utama; takut kamera basah dan tak tahan sejuk air. Boleh terima tak alasan aku ni? πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ˜….

Kebetulan kat situ ada coffee shop, so kitaorg pun stop minum coffee dulu, panaskan badan. Lepas abis secawan coffee aku terus dapat semangat baru. Aku inform Faidz aku nak pegi semula ke waterfall utk shoot gambar. Sib baik Hazilah nak ikut, ada gak teman kalau tak aku gi solo aje ler. Geng lain nak stay kat dalam kete aje.

 

Ini gambar2 yang aku shoot lepas recharge…..

 

Lepas tu kitaorg gerak ke Reyjkavik dan bermalam di sana. Esok kita round bandar Reyjkavik plak.

Till then c u in my next journey, Insya Allah….

Advertisements

One thought on “Autumn Trip 2017: Iceland – Skogafoss & Seljalandsfoss

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s