Autumn Trip 2017: DC-3 Plane Wreck/ Solheimasandur

~ 9 Okt 2017 ~

Hari ke 4 di Iceland adalah hari menyelusuri film location Dilwale. 😅😅😅 Plane Wreck adalah destinasi pertama pagi ni. Kalau bukan tempat shooting Dilwale aku pun tak sure aku akan pegi ke tak ke sini hanya untuk melihat rangka kapal terbang. 😀😀😀

Pada 24 Nov 1973, US DC-3 airplane ni terpaksa mendarat di Solheimasandur kerana masalah teknikal. Semua krew selamat tetapi kapal tersebut dibiarkan tersadai kat black sand beach tu. Sekarang tempat ni telah menjadi photography dream location kerana keunikan scene kapal terbang tu diatas black sand beach.

Bukan dekat tau lokasi plane wreck ni, kena berjalan sejauh 4km sehala. So pergi-balik kena berjalan sejauh 8km. But dun worry, jalan tu lurus aje so jalanlah ikut pace masing2 tak perlu nak kejar apa, kapal tu tak lari kemana pun. Mula2 aku berniat nak set timing aku berjalan tapi once dah sampai aje kat parking terus lupa. So tak sure berapa lama aku ambik masa untuk sampai ke kapal terbang tu. Lagipun masa ni ikut style jalan masing2, kalau langkah panjang macam mat Salleh memang cepat gak sampai. 😉😉

Tempat parking..
Marilah kita mulakan perjalanan sejauh 4km
Seluas dan sejauh mata memandang


Rasa lega bila dah nampak dc-3


Rainbow 🌈

Tak bawa selendang hehehe

Hazilah the only one yg naik atas… jeles sebenarnya tapi nak wat camne takut nanti hubby marah

Org tak ramai sangat…. dan masing2 yg ada saling memahami bila nak bergambar. Kalau cik abang ikut baru boleh buat posing cam dalam Dilwale hehehe. Next time insya Allah datang gan cik abang plak.
Till then c u in mu next journey, Insya Allah….

3 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s