Masjid Baiturrahim, Masjid Rahmatullah dan Masjid Baiturrahman adalah 3 masjid yang wajib dilawati dalam menghayati ibrah tsunami. Jangan miss satu pun antara 3 masjid ni terutamanya Masjid Baiturrahim.
Antara 3 masjid tersebut yang paling terkesan dalam hati kami ialah Masjid Baiturrahim. 😢😢😢
Masjid Baiturrahim
Masjid ini terletak di Pantai Ulele. Jarak masjid ke pantai dalam puluhan meter sahaja. Ia juga dikenali sebagai ‘Zero Point Tsunami’. Disinilah segalanya bermula….
Masjid Baiturrahim adalah antara bangunan yang pertama kena hentaman tsunami kerana berdekatan dengan Pantai Ulele.
Kebanyakan penduduk kampung melarikan diri ke arah bandar untuk selamatkan diri tetapi 9 orang telah berlari ke masjid untuk berlindung, dan kesemua 9 orang itu telah terselamat dari menjadi mangsa tsunami termasuk pak Imam. Hanya dengan kuasa Allah Pak Imam yang tidak boleh bergerak sangat kerana strok dapat berlari ke atas bumbung masjid. Tsunami yang begitu pantas dan bagaimana pak imam boleh bergerak pantas ke masjid dari rumah? Wallahuaalam…
Air tsunami menenggelamkan kawasan kampung dan masjid sehingga separas bumbung masjid walaubagaimanpun tsunami tidak melepasi kubah masjid kerana itu 9 orang yang berada diatas bumbung terselamat.
Semua bangunan sekitarnya musnah tetapi masjid dan rumah pak imam masih berdiri gagah. Allahu Akbar…. Masjid ini berusia lebih kurang 95 tahun (dibina pada tahun 1922) dan binaan masjid tidak menggunakan konkrit. Subhanallah…
Alhamdulillah Fauzan dapat temukan kami dengan Abang Adi, salah seorang mangsa tsunami yang terselamat. Bila dengar kisah tsunami dari abang Adi, kami seperti dapat rasakan apa yang terjadi pada 26 Disember 2004 di Banda Aceh. Sekalipun kami ingat seperti mengerti apa yang dirasa tapi sesungguhnya hanya mereka yang mengalaminya sendiri yang lebih tahu selain daripada Allah Yang Maha Mengetahui.
Abang Adi seperti orang lain juga, melarikan diri bersama ibu bapanya ke arah bandar dengan menaiki kereta. Dengan pantas tsunami datang dan beliau telah berada dalam air. Beliau merasa bagaimana berada dalam air tsunami, dalam keadaan air bergulung2 menghancurkan segala apa yang ada. Pada masa tu beliau telah terpisah dengan ibu bapa beliau. Semasa dalam gulungan air dan dibawa arus beliau telah mendengar suara ibu beliau, “berzikirlah nak”. Kata2 itu didengar berulang kali untuk ingat pada Allah.
Kalau nak cerita, panjang actually so better korang pegi sendiri dan dengar cerita penuh dari abang Adi barulah menusuk hati. 😉
Bagaimana abang Adi boleh terselamat? Sebenarnya beliau telah cedera tercucuk besi semasa dihanyut tsunami. Bila air dah surut beliau berjalan mencari rumah sakit tapi rumah sakit dah menjadi tempat pengumpulan mayat2 mangsa tsunami. Beliau telah koma bersama2 dengan mayat dan hampir ditanam sebagai mangsa tsunami tapi Allah telah mengerakkan anak saudara yang berumur 6 tahun menjumpainya dan memberitahu penyelamat yang paman dia masih hidup ketika petugas sedang memasukkan beliau dalam plastik mayat. Selepas itu, beliau telah diselamatkan dan dibawa ke hospital.
Selepas kejadian tsunami beliau telah menghabiskan masa serta menyumbangkan tenaga dan segala2 untuk masjid ini.
Masjid Rahmatullah
Masjid ini terletak 400 meter dari Pantai Lampuuk, antara masjid yang tidak musnah dilanda tsunami. Rumah2 dan bangunan lain di sekitarnya telah musnah sekelip mata dibawa arus.

Ketika kejadian tsunami, ombak tsunami juga tinggi seperti di Pantai Ulele tapi tidak melepas kubah masjid. Subhanallah…
Masjid Rahmatullah mengalami kerosakan kecik dan telah dibaiki dengan bantuan kerajaan Turki. Dalam ruang masjid sebelah kiri, korang akan nampak kesan tsunami yang dibiarkan untuk dilihat oleh tetamu Allah. Mungkin juga untuk memberi peringatan kepada semua yang Allah Berkuasa atas segala-galanya.
Masjid Baiturrahman

Di masjid ini ratusan orang (aku tak pasti jumlah yang sebenar) telah terselamat dari menjadi mangsa tsunami. Ramai yang telah lari untuk menyelamatkan diri di sini. Berdasarkan cerita dari mangsa yang terselamat ketika ombak tsunami menghentam bangunan2 yang ada, tapi ketika sampai di masjid ini air seperti terbelah dua ke arah tepi masjid. Subhanallah, air tidak memasuki kawasan dalam masjid. Allah telah melihatkan kita kuasaNya yang tiada tandingan dibandingkan dengan manusia.

Masa aku ziarah masjid ni, kawasan sekitar masih dalam pembinaan untuk diluaskan lagi. Memandangkan kedudukan maajid ni di tengah Banda Aceh, secara tak langsung ia menjadi tumpuan samada warga tempatan mahupun pelancong.
Masa aku pegi Aceh ni actually dah 13 tahun berlalu. Sebelum ramai lagi mangsa yang meninggal dunia aku cadangkan pegilah menyelusuri ibrah tsunami dan dengar dari mereka yang mengalami, bukan sekadar membaca di internet. Sentuhan jiwa yang sangat berbeza bila mendengar mulut berbicara dengan penuh keinsafan.
Pernyataan dari abang Adi untuk direnungkan bersama… “Walau setinggi mana ombak tsunami yang datang tetapi ia tidak melepasi kubah masjid dimana atas kubah2 tersebut ada tulisan الله.”
Till then c u in my next journey, Insya Allah….