[INFO] – Mui Ne

Ada yang tahu pasal Mui Ne? Aku memang tak pernah tahu pasal Mui Ne. Mui Ne kat mana pun tak tahu masa mula2 dengar pasal tempat ni. Aku dapat tahu tempat ni pun dari Norun (kenalan online di page FB aku ‘Azura Travelogue’). TQ Norun sebab bagitahu pasal tempat ni. 😍😍 Lagi kita belajar, lagi banyak yang tak tahu.  

image source: google
Bagi sapa2 yang tak tahu, Mui Ne terletak di VIETNAM tau. Aku ulang skali lagi…. di VIETNAM ya. Aku terkejut gak bila tahu kat Vietnam. Bila google tengok gambar macam desert kat Abu Dhabi aje. Subhanallah….  

image source: google
Mui Ne terletak di wilayah Binh Thuan dimana kawasan ini adalah kawasan paling kering di South East Asia. Mui Ne terkenal dengan kecantikan pantainya, terkenal juga dengan aktiviti main layang2 dan wind surfing. 

image source: google

 
Macam mana nak ke Mui Ne?
1. Bas 

– boleh naik bas Phoung Trang

– Mui Ne terletak 5 jam perjalanan dari Ho Chi Minh jika naik bas.

2. Keretapi

– info lanjut boleh refer kat –> SINI

– perjalanan lebih kurang dlm 4 jam
3. Sewa Kereta

– kos agak tinggi berbanding bas atau keretapi


Bila waktu yang sesuai untuk ke Mui Ne?

Ogos – November
: sesuai untuk mereka yang suka surfing since masa ni pantai Mui Ne berombak besar.


Disember – April:
sesuai bagi mereka yang nak menikmati keindahan pantai Mui Ne (pasir yang kuning, laut yang biru dan langit yang cerah)

Kalau ikutkan nak datang bila2 pun sesuai since keberangkalian untuk hujan sangat rendah. Apa2 pun kita hanya merancang, samada cuaca panas atau hujan itu semua ketentuan Allah. Kalau dah sampai sana just enjoy your vacation.

p/s: info di atas adalah berdasarkan pembacaan aku ya bukan pengalaman. tak pernah pegi Mui Ne pun cuma rasa excited nak cari info pasal Mui Ne lepas dapat tahu dari Norun.

~ Info dari VietFunTravel dan Tripadvisor ~
  
Till then c u in my next journey, Insya Allah…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s