~ 1 Feb 2016 ~
Perjalanan ke Phnom Penh dari Siem Reap lebih kurang 7 jam. Kitaorg naik bas malam, so jimat kos guesthouse semalam 😀😀. Kalau nak tau pasal bas Giant Ibis ni boleh baca kat –> SINI.
Bolehlah tido wpun bukan tilam empuk tapi yg aku tak tahan sejuk aircond 😁😁😁. Selimut ada disediakan tapi tak tebal sgt, pastu aku plak cam tunjuk terror tak pakai sweater. 😂😂😂

Kitaorg terus ke Nawin Guesthouse utk check in. Sepanjang perjalanan ke guesthouse aku dpt tgk keadaan sekeliling PP. pendapat peribadi aku bandar ni agak kotor dan banyak sampah kat tepi2 jalan raya. Bunyi hon motor dan kereta kedengaran bila di simpang2 jalan sebagai tanda ‘please alert, aku nak lalu ni’. Bunyi hon tu bukanlah sebab marah tapi lebih kepada alert utk driver lain.


Dah settle bersihkan diri masing2, kitaorg pergi breakfast dulu. Perut mesti kenyang sebelum jenjalan 😋😋.
Muzium Pol Pot
Kitaorg pegi muzium Pol Pot dulu. Asal tempat ni ialah sebuah sekolah tapi Pol Pot jadikan penjara dan tempat seksaan.

Boleh baca entri pasal Muzium Pol Pot kat –> SINI.
Russian Market
Mcm mana dpt nama ‘Russian’ sebab pada tahun 80-an, kebanyakan pelancong yang dr Rusia. Klu nak beli souvenier boleh beli kat sini. Tapi barang yang dijual lebih kurang sama dgn barang kat Night Market, SR. Kitaorg tak round abis pun sebab tak tahu nak beli apa. Kualiti pun biasa2 aje. Memang kejap aje kat sini.




Memandangkan kat PP ni takde tempat menarik sgt nak pegi, lepas lunch kitaorg balik rest dulu kat guesthouse. Kat PP banyak temple tapi cam tak best aje nak visit temple, baik kitaorg balik ambik nap kejap 😀😀😀
Masjid Jami’ul Islam
Kat PP ni ada sebuah masjid besar dan sgt luas kawasan masjid ni. Jgn tak singgah ya klu dah dtg PP. Masjid ni dibina oleh orang kaya Arab. Semoga Allah murahkan rezeki dia. Sepanjang jalan nak ke masjid ni ada banyak gak pilihan restoran makan halal.
Kg. Choy Changva (Kg Muslim)
Jumlah org Islam di PP tak ramai sgt, tak sampai 1,000 orang pun. Tujuan kami singgah kampung ni sebab nak menyampaikan hajat org utk beri bantuan kepada individu/keluarga yang susah. Di sini kami ditemukan dgn ustaz yang menjadi tonggak utama dalam masyarakat islam di kampung ni. Kami sampaikam hajat kami dan minta tolong ustaz utk temukan individu/keluarga yang memerlukan.
Ustaz dan anak perempuan dia pandai cakap melayu so senang skit komunikasi kami. Anak2 lelaki ustaz semua belajar di sekolah tahfiz di Msia.







Sekitar Phnom Penh



Abislah satu hari di PP. Bagi aku biasa2 aje tu sebab aku rasa better spend masa kat SR aje compare PP. Tapi terpulang pada selera masing2.
Bila pegi negara yang dhaif dari negara kita, keinsafan dan kesyukuran sgt terasa. Betapa susahnya org Islam bila menjadi minoriti. Iman mereka diuji lebih kuat dr kita sedangkan kdg2 kita rasa Allah telah uji kita dengan ujian yang berat. Tapi selalulah kita beringat “susah yang kita rasa, ada yang lebih susah dr kita”. Semoga Allah jadikan kita hamba yang sentiasa redha atas ujianNya. Amin….
Kurangkan komplen…
Kurang pandang mereka yang lebih dr kita….
Bermusafirlah untuk lebih menghayati ibrah…..


Till then, c u in my next journey, Insya Allah….