Spring Trip 2015: Eiffel Tower – Paris

السلام عليكم

Baru dapat semangat nak menulis huhuhu. Dah sebulan lebih aku balik dari europe trip. Aku nak try new approach on how to write my travel blog (kononnya lahhhh hehehe).

Day 1 trip aku ialah round Paris.

21.04.2015

Eiffel Tower 1st destination aku.  Orang kata Paris ni ‘Kota Cinta’, tapi honestly pendapat aku Paris tidaklah seromantik yang digambarkan.  Lain orang lain pendapatnya….. Since Eiffel Tower ni adalah tempat wajib klu dtg Paris, so here I am with my hubby.  Whatever it is sesiapa yang datang Paris jgn lupa ambik gambar kat sini sebab inilah bukti korang dah sampai Paris.

Aku takmo cerita sejarah Eiffel Tower ni, korang boleh baca kat sini –> Wikipedia:Eiffel Tower

Lebih kurang dalam 10 pagi aku sampai kat sini.  Excited giler sebab all this while tgk gambar aje skrg depan mata. Aku ingat Eiffel Tower ni tinggi rupanya tak tinggi sgt pun hehehe.  On d way nak ke tower bermulalah agenda mengambil gambar…

Euro 201504 086
Masa ni tengah menapak ke Eiffel Tower
Me & Him
Me & Him
Eiffel Tower
Eiffel Tower

Kat area Eiffel Tower ni korang akan jumpa orang kulit hitam lelaki kebanyakannya menjual souvenier sprt key chain.  Diaorg jual mmg murah €1 boleh dapat 8 pcs key chain Eiffel Tower.  Tapi kualitinya takdelah elok sgt cuma bagi sesiapa yang budget ciput boleh consider utk beli key chain kat sini.  Just make sure bagi duit ngam2 sebab klu bg duit besar takut masa korang tunggu balance tiba2 ada polis, diaorg ni akan lari sepantas kilat. So selamatlah duit balance korang tu. 😉

Selain dari itu kat area ni juga ada ladies kebanyakannya yang konon minta signature utk minta sokongan pasal environment or anything tapi once korang sign diaorg akan minta duit.  Cara terbaik takyah layan.  Aku just angkat tangan buat sign “No”.

Paris juga sangat terkenal dengan ‘Pick Pocket’ especially tempat yang ramai tourist termasuklah kat sini.  Make sure back pack pusing ke depan dan peluk kuat2.  Jgn simpan wallet dalam kocek seluar.  Diaorg selalu beroperasi dalam kumpulan dan memang slalu tak perasan sebab nampak macam tourist lain aje.

Jom naik atas menara plak! Aku and the geng beli tiket utk sampai ke top tower.  Tapi klu korang rasa gayat kena fikir banyak kali. Boleh juga beli tiket untuk sampai 2nd floor aje kalau rasa nak test gayat ke tak.  Untuk mengelakkan que yang panjang masa beli tiket, sila sampai awal ya kalau tak half day ler kat sini, entah2 sampai ke petang.  Ada 2 cara nak naik tower ni samada naik lif atau tangga.  Aku pilih lif ler sebab malas nak menapak naik tangga… Kalau naik tangga boleh naik sampai setakat 2nd floor aje.

Waktu Operasi: 9am – 12.45am (lif terakhir ke top tower pukul 11pm)
Harga tiket: €9 (sampai 2nd floor shj), €15,50 (sampai top)

Que untuk beli tiket
Que untuk beli tiket
Dah nak sampai kat kaunter tiket
Dah nak sampai kat kaunter tiket

Tips: Sampai kat 2nd floor tower terus Q untuk naik ke top ya sebab nanti Q lagi panjang.  2nd floor boleh stop masa turun dari top.

Tengah Q untuk naik ke top
Tengah Q untuk naik ke top
Paris dari atas menara
Paris dari atas menara
ZOOM skit... Arc de Triomphe
ZOOM skit… Arc de Triomphe
Nanti aku naik cruise tu
Nanti aku naik cruise tu
Masa ni tengah naik lif ke atas menara... kecut perut gak ler hehehe
Masa ni tengah naik lif ke atas menara… kecut perut gak ler hehehe
View point kat 2nd floor... pandai2 ler cari spot untuk ambil gambar
View point kat 2nd floor… pandai2 ler cari spot untuk ambil gambar
Mana abang I ni menyorok?
Mana abang I ni menyorok?
Euro 201504 100
Eiffel Tower waktu malam

Abis cete pasal Eiffel Tower, lepas ni kita pusing Paris naik cruise plak. 🙂

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s