Buku ke3 siri I’m A Backpacker. Destinasi kali ni ialah Jerman, salah satu negara dalam dream list aku. Kita baca dulu, pastu pasang angan2 hehehe
Dreaming is Free
Aku tak berapa mengenali penulis ni sebenarnya cuma adalah baca skit2 kat blog beliau. Semoga Allah temukan aku dengan penulis buku ni bila aku melawat Jerman nanti, Insya Allah.
Aku share skit apa yang aku rasa pasal buku ni. Aku just highlight apa yang aku rasa lain skit dari 2 buah buku sebelum ni.
- Penulis ada menceritakan secara ringkas berkenaan orang Jerman dan sifat mereka. Info yang sgt bagus sekurangnya kita dapat kenali orang Jerman dan cuba faham sebelum ke sana. So takdelah nanti kita terkejut.
- Do’s and Don’ts – yang ni kena faham betul2 ya. Bak kata pepetah ‘masuk kandang kambing, mengembek…’ kalau rasa nak buat ikut kepala sendiri, kena fikir semula apa objektif kita nak mengembara. π
- Dalam segmen tips pemakaian musim sejuk, aku suka panduan pembelian baju musim sejuk. Penulisan sangat details especially bagi kita orang Malaysia yang memang zero knowledge pasal winter.
- Bagi segmen ‘Menjelajahi Jerman’, penulis masukkan info ‘Tempat Makan’ untuk setiap tempat yang disenaraikan. Secara tak langsung aku dah tahu halal food available atau tidak kat tempat tu.
- Sedikit penambahbaikan yang aku boleh cadangkan, penulis maybe kena kurangkan pengulangan tips yang sama. Walaupun mungkin saya tidak ingat 100% ayat tu tapi bila jumpa 2/3 kali secara tak langsung minda terus proses “eh, tips ni dah ada tadi”.
Itu ajelah yang aku nak highlight pasal buku ni. Basically struktur kandungan lebih kurang sama tapi tidak serupa. Dengan kenaikan Euro yang dah mencapai RM5, maka buat masa ni Jerman masih dalam dream list yang aku sendiri tak pasti bila akan dapat direalisasikan. Apa yang aku buat skrg, kumpul aje duit dalam tabung travel, bila rasa nak travel kira duit then decide negara mana yang mampu untuk dijejaki. Ok tak camtu? π π π No Money, No Talk
Aku doakan semoga En. Khairul sentiasa dalam rahmat Allah dan banyak share banyak lagi pengalaman2 yang dapat dimanfaatkan bersama.
Tiil then c u in my next journey, Insya Allah……
Sy rasa dah banyak buku2 terbitan pengembara2 Malaysia dlm pasaran sekarang. Dah jd trend plak. Bagus sbb bg idea itinerari ringkas dan pengalaman mereka. Tp sy rasa bg yg beginner dan bukan bg yg dah biasa travel backpacking.
Dlm kontek ni pengalaman mengembara agak subjektif. Sebab pengalaman yg akan dilalui agak berlainan dr situasi musim dan masa dilawati. Cabaran akan berlainan. Bg sy membaca blog lebih seronok lg. Tp tak banyak penulis blog pulak yg ingin kongsikan pengalaman mereka. Berbanding dgn omputih..mereka sering share tips idea dan pengalaman yg berharga…
LikeLike
Saya setuju. Buku macam ni memang sesuai utk beginner.
Blog mmg best baca tapi mungkin tak ramai yang rajin menulis bukan sebab taknak share. Saya pun sebenarnya tak pandai menulis so tak tahulah apa yg saya share dlm blog saya ni dpt beri manfaat atau tidak ππ
LikeLike