Buku kedua siri “I’m A Backpaker” yang aku dah abis baca. Kagum dengan diri sendiri, sebab aku boleh abis baca 2 buah buku tak sampai sebulan selepas beli. π¬π¬πππ
Aku hanya mengenali penulis buku ni, SHAHKANG selepas aku beli buku ni. Seorang yang ada PHD dalam kejuruteraan mekanikal, pandai menulis.. Deabak!
Skali pandang buku UK dan buku Jepun macam sama tapi sebenarnya tak sama. Macam kembar seiras… luaran memang tiada beza bila kita tengok sepasang kembar tapi bila kita kenal baru tahu perbezaannya. Jadi tiada istilah rugi kalau beli kesemua buku siri “I’m A Backpacker”.
- Paling suka ada nota kaki ‘Pengalaman Penulis’. Pengalaman tu yang mahal actually dan ditulis dengan simple. Aku suka sebab tak details, kalau nak details pasal pengalaman orang mengembara ada banyak blog yang kita boleh baca.
- Aku ulang point yang sama dengan entri Book Review sebelum ni, buku ni sarat dengan informasi berkenaan UK dan kenapa aku suka? Sebab aku perlukan buku macam ni untuk jadi panduan bila aku nak plan trip aku. Especially bila nak tahu tempat yang berbaloi untuk pegi. Informasi ya bukan travelog….
- UK memang terkenal dengan pelbagai football club. Aku memang tak follow sgt kecuali Real Madrid sebab ada CR7 πππ. So dalam buku ni ada informasi pasal stadium2 yang ada di UK. Secara tak langsung aku terus berminat nak join stadium tour kalau ke sana nanti. Dapat masuk satu stadium pun jadilah.
- Penulis juga ada buat simple calculation kos2 yang terlibat kalau pegi satu2 tempat. Good info untuk buat budget tapi sila semak kos terkini sebab mana tau kot2 berubah. Kalau harga semasa berbeza dari dalam buku jangan plak marah penulis sebab penulis mengikut kos masa beliau menulis buku ni.
- Penulis juga ada masukkan beberapa tempat yang tak glamer dan juga FOC untuk dilawati. So kalau budget kita so-so why not, kan? Kadang2 kita explore tempat yg jarang orang pegi pun best gak.
- Sebagai muslim, kita memang slalu concern pasal makanan halal. Alhamdulillah penulis ada juga sertakan nama restoran makana halal dan lokasi.
Overall, buku ni memang best sebab banyak gak benda yg aku tak tahu dan sekarang aku dah tahu. Walaupun ramai orang Msia bercuti ke UK tapi apa yang penulis tulis dalam buku ni tak banyak yang aku tahu melalui cerita kawan2 aku yang dah pegi ke sana. Nampak gayanya aku kena buat trip ke kawasan luar bandar sebab kalau tengok gambar aku rasa tenang aje. πππ
Sometimes we thought we know everything but actually we know nothing…
All the best SHAHKANG!
Till then c u in my next journey, Insya Allah….
UK terlalu besar utk dibukukan. Kalu dpt habiskan buku tu tak sampai 1 bulan agak singkat pengembaraan tu. Bg saya banyak lg utk diexplore kalu mengikut buku2 travel sprt Fodor atau lain2 keluaran omputih. Tp dr segi contexts Melayu, tempat yg biasa dilawati agak terhad dan hanya terpilih sahaja…jarang sangat pengembara melayu habiskan berbula bulan di satu negara berbanding dgn pengembara dr negara barat…
LikeLike
Ya betul UK besar sebenarnya. Penulis mmg tak cover satu UK tapi fokus main city aje. Lepas tu tempat2 lain yg jarang org pegi. Saya suka sebab boleh jadi guideline tapi still kena google utk cari info lain.
LikeLike
Ingin saya membaca pengembaraan yg berunsurkan sejarah. Tak kira diluar negara atau pun didalam negara. Dengan demikian setiap pengembaraan kita lalui dpt memberi gambaran sejauh mana zaman itu telah berlalu dan feelings seolah olah kita dlm time capsule…sedihnya di Malaysia boleh dikira peninggalan sejarah utk dibanggakan.
LikeLike
Setuju. Buku ini boleh dikatakan general juga. Hanya membuka ruang untuk sesiapa yang nak tahu lebih banyak untuk terus terokai.
Sebenarnya ada panduan kembara yang bersifat khusus. Contohnya dalam buku ini saya cadangkan pembaca yang minat sastera untuk baca buku tulisan Nisah Haron berkenaan kembara sastera di UK dan Ireland terbitan ITBM. Memang buku Nisah Haron ini sangat terperinci dan lebih mengujakan buat peminat sastera.
Mungkin lepas ini perlu adakan kembara khusus berkenaan bola, makanan, basikal dan sebagainya untuk UK. Agar maklumat lebih terperinci dan khusus.
LikeLike