Winter Trip 2016: Kunming/Lijiang – Accomodation


Entry kali ni aku nak cerita pasal tempat penginapan aku kat Kunming dan Lijiang. Seperti biasa booking.com menjadi pilihan utama sebab tak perlu bayar dulu, deposit pun tak perlu. So far pengalaman aku memang tak perlu bayar dulu, maybe ada certain hotel/guesthouse kena bayar deposit Wallahuaalam…. 

Total trip aku ke Kunming/Lijiang ialah 4 malam. So since nak jimat masa kitaorg decide malam pertama dalam train, malam ke2 kat Lijiang, malam ke3 dalam train dan malam ke4 kat Kunming. So aku booking hotel/guesthouse untuk semalam di Lijiang dan semalam di Kunming.

 

LIJIANG

Main attraction Lijiang ialah Old Town, so untuk merasa culture Yunnan maka kitaorg pilih guesthouse dalam Lijiang Old Town. Banyak pilihan sebenarnya so jangan risau. Just pilih ikut budget masing-masing. Guesthouse yang aku pilih bernama HE MU JU INN ZHONGYI BRANCH. Sebab lain aku pilih untuk stay dalam Old Town ialah senang untuk jalan2 dalam Old Town tu, especially kalau nak tengok suasana di malam hari.

Aku booking 3 deluxe double room, so 2 orang sebilik. Harga sebilik CNY298/room, sorang bayar CNY149 (RM96) untuk semalam. Kira oklah harga tu, bawah RM100 cuma yang tak best pintu toilet ‘c-thru’ jelas sejelasnya hahahahaha. 

Secara keseluruhan guesthouse ni sangat best, bersih,cantik dan dekat dengan jalan masuk ke Old Town tak perlu pusing2 cari guesthouse. Boleh sesat tau dalam Old Town ni so make sure sentiasa bawa gambar hotel, nama hotel dalam mandarin dan no telefon hotel supaya senang kita nak minta tolong orang.

Posing jap depan guesthouse. Masa ni baru lepas check in di subuh hari

Bilik di bahagian atas. Bilik aku kat ground floor aje

Tempat lepak sebelah bilik kitaorg. Tapi kitaorg tak sempat pun nak lepak heheh

Inilah bilik kitaorg. Dpt yang 2 double bed satu bilik

Ni satu lagi double bed. Kitaorg ber4 tido sini. Lagi 2 org bilik lain

Receptionist menjeling tuuuu hahahaha


 


KUNMING

Di Kunming plak aku pilih HANTING HOTEL KUNMING RAILWAY STATION BRANCH. Based on review ramai yang kata dekat dengan Kunming Railway Station, so itulah sebab sebenarnya aku pilih hotel ni. Tapi since aku ambik ground arrangement aku tak sure berapa dekat hotel ni dengan railway station. Dah naik van aku pun tak tahu jalan yang guide tu bawa, tau2 dah sampai depan hotel aje.

Hotel ni aku booking 3 bilik gak, masa tu ada special offer kat booking.com. Harga bilik CNY149/room, so sorang bayar CNY74.50 (RM48). Aku tak sempat nak ambik gambar bilik tapi consider sangat ok untuk harga tu, bilik air pun tip top.

Kalau cari sendiri tough juga rasanya sebab takde english name hotel ni. So make sure ada nama hotel dalam Mandarin klu nak tanya orang.

Ini aje yang sempat snap dari dlm van. Tak teringat langsung nak ambik gambar bilik dan luar hotel ni

Gerai depan hotel jual ala2 omelet. Nampak sgt sedap…

 
Till then c u in my next journey, Insya Allah….

Categories: China, ReferenceTags: , , , , , , , , , , , ,

4 comments

  1. Assalam.. Blh share tour guide/ service yg u guna masa di Kunming? Di Old Tiwn Lijiang tu possible x utk jln sendiri tanpa tour guide.

    Tq.

    Like

    • Waalaikumussalam…

      klu sekitar old town lijiang mmg boleh round sendiri. Carilah guesthouse dlm old town lagi senang utk jalan2. Utk pegi luar lijiang aje mayb kena guide/tour.

      Ground tour saya ambik Wonders of Yunnan. Boleh google

      Like

Leave a Reply to azuratravelogue Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: