Xplorasi Mulu 2016: Itinerary dan Persediaan

Aku ni sebenarnya bukan seorang yang adventure sgt, cuma seorang yang cintakan nature.  Kalau ikutkan masa kat sekolah atau pun kat ‘U’ amatlah jarang aku join trip2 yg masuk hutan ni melainkan ‘kerana terpaksa’. 

 Kenapa tiba2 aku berminat plak nak masuk hutan? 

Sebab Marziyah ler, kawan aku kat ‘U’ cum schoolmate aku. Dia pegi Mulu dengan family pastu duk share gambar kat whatsapp. Subhanallah aku jatuh cinta pandang pertama. Secara tak langsung datang ler semangat nak pegi. Aku pun duk tanya Azimah kot2 ada plan nak ke Mulu sebab Azie ni memang kaki adventure, macam2 bukit dia daki, macam2 hutan dia masuk. Plan kitaorg nak naik Pinnacles tapi bila baca2 pasal Pinnacles ni gabra gak aku; “mampukah aku?” hahahaha Azie duk kata “boleh Zura, kena train ler dari sekarang”… 

 Tup2 bulan bulan Mei 2016, Malindo buat offer ke Miri sempena route baru KL-Miri, harga ke Miri RM54 one way. Murah tu! aku terus tanya hubby aku, minat tak ke Mulu since harga tiket murah. Lagipun aku takde plan lagi nak bawa anak2 ke mana lepas diaorg habis UPSR & PT3. So ni consider family trip ler. Hubby pun ok then aku terus booking sebelum tiket promo abis hehehe 

 Dengan berat hati aku pun inform Azie yang aku plan nak ke Mulu dengan family, nasib baik Azie tak merajuk. Insya Allah nanti kita pegi ya, naik Pinnacles plak.

Dah beli tiket baru boleh plan yang lain2. Walaupun local aje tapi aku tetap buat simple budget dan simple itinerary. Kenalah juga survey kan; nak stay kat mana, pasal food, dan pasal transport ke Mulu dari Miri. Aku memang suka bab2 survey ni…. Kalau korang rasa malas boleh ler guna service aku hahaha (but not free lah)

 Itinerary aku sangat simple sebab trip aku setakat 5H 4M aje. Lagipun local trip tak complicated sangat.

Day 1: ​
Arrived in Miri Airport
​Fly to Mulu from Miri Airport
​Arrived in Mulu
​Sunset @Sungai Tutoh

Day 2: ​
Showcaves – Clearwater Cave & Wind Cave
​Visit Batu Bungan Longhouse
Walk around the park

Day 3:​
Canopy Walk
​Botanic Trail
The Tree Top Tower
Bat Exodus

 Day 4:​
Fly to Miri
​Crocodile Farm & Mini Zoo
​Tusan Beach

Day 5:​
Fly back to KL

 

3 malam aku stay kat Mulu, semalam aku stay kat rumah Marziyah. Alhamdulillah ada kawan kat Miri boleh ler visit kawan dan dengan tak malunya aku menumpang tido semalam. Hehehehe Terima kasih Marziyah atas layanan yang sangat tip top.

Aku dan marziyah yang sangat baik hati.

Ok now aku nak cete skit persediaan yang aku buat sebelum ke Mulu National Park. Korang boleh pilih mana yang nak ikut dan mana yang taknak ikut.  

 

1. Penginapan 

Kat Mulu ni ada 3 option klu nak stay, samada korang stay kat dalam National Park atau Marriot Hotel atau homestay. Antara 3 option ni of course homestay paling murah tapi just nak remind u all. Klu stay kat homestay, siang takde elektrik. Diaorg akan pasang genset dr pukul 7pm sampai 12pm aje. So klu sanggup berpanas boleh aje. 

Pilihan aku? Aku stay dalam National Park sbb Marriot mahal kot hehehe Accomodation dalam national park sangat, sangat, sangat OK. Ada water heater, ada aircond dan basic things macam hotel.  

Inilah chalet yang aku booking

Aku booking accmodation ni 6 bulan awal. Masa kat Mulu aku ada jumpa satu family ni, dia try booking 3 months before tapi dah fully booked. So jgn tunggu last minute ya nanti frust. 

 

Bilik yang aku tempah ni ada 4 katil
Toilet pun sangat bersih. Toilet dan shower asing

Mana dulu? Beli flight tiket dari KL atau Booking penginapan?

Soalan ni bergantung sebab klu date yang korang pilih jauh berbulan-bulan (lebih dari 6 bulan) then bagi aku boleh aje beli flight ticket. Klu tak berapa jauh then better check dulu penginapan available or not dan booking terus kalau available. Accomodation kat Mulu National Park ni memang penuh slalu.  

Boleh check kat sini klu nak tgk jenis2 bilik yang ada .

2. Transport ke Mulu
 

Klu nak ke Mulu memang takde pilihan lain selain dari MASWing. Kalau taknak fly dari Miri boleh aje dr Kuching ke, KK ke. Tapi Miri ni paling dekat gan Mulu. Since harga flight ke Mulu agak mahal then aku monitor dulu harga for a few months. Mahal or murah mmg kena beli cuma nak tunggu harga ok skit, yang mahal sebenarnya airport tax huhuhu.

 

3. Activities/Tour

Aktiviti apa yang boleh kita buat di Mulu boleh tengok dulu kat –> SINI.
Aku tak tempah pun aktiviti tu sebab aku rasa aku nak decide apa aku nak buat masa dah sampai Mulu. Nak tengok cuaca dan keadaan anak2 aku masa tu. Tapi aku guna info dr website tu untuk buat budget, basically dah tau ler nak buat aktiviti apa cuma tak tempah aje. 

Nanti lepas check in bila dah sampai boleh terus tempeh untuk semua aktiviti yang kita nak. Kalau bawa anak, ada beberapa aktiviti yang sesuai untuk certain age. So tanya dulu kat kaunter.

Bila check in akan dpt map ni, so boleh plan nak buat apa..

 

4. Transport dari Mulu Airport
Kalau booking bilik kat National Park, transport dari airport tidak disediakan. Tapi jangan risau, keluar aje dari Departure Hall ada beberapa orang yang pegang kertas offer kalau nak transport. Dia charge RM5/pax tapi kalau larat boleh jalan kaki sebenarnya, dokek yo tapi berpeluh gak ler.
Kalau booking kat Marriot Hotel, takyah risau sebab pengangkutan hotel disediakan.

 

On d way ke National Park… Jenny ni boleh gak bawa tour kalau nak tapi bukan under National Park, freelance

5. Bila nak pegi?

 Since akunya trip adalah family trip of course terpaksa pilih lepas anak habis final exam, so hujung tahun ler. Harga promo plak yang aku jumpa bulan November. Kalau Disember mahal skit, biasalah cuti sekolah. Since tarikh tu semua anak aku dah abis exam aku pun beli ajelah tiket bulan November.

Tapi kalau ikutkan waktu yang sesuai untuk ke MULU ialah antara April – September. Orang sana panggil musim kemarau. Kalau hujung tahun ni slalu musim hujan. Masa aku pegi memang tiap2 hari hujan tapi waktu petang aje. Alhamdulillah pagi dapatlah buat aktiviti masuk hutan.

6. Tahap kecergasan

Bagi sesiapa yang fit memang advantage. Tapi kalau tak fit memang akan rasa kaki sakit, betis sakit dan lain-lain. Paling penting bagi aku orang tu mesti minat adventure dan nature sebab klu tak fit sangat pun kalau dia jenis adventure mesti ok punya. Ditambah plak dengan pemandangan nature yang sangat tenang.

Kalau boleh train ler jugak skit sebelum ke Mulu. Train beria atau tak aku pun tak tahu ler sebab aku setakat buat aerobic seminggu skali, pastu naik bukit Saga sekali. Tapi kalau nak naik Pinnacles memang kena betul, betul, betul FIT.

 7. Kasut

Pakailah kasut yang bersesuaian, so hiking shoes is the best. Paling best cari kasut kalis air sebab ada aktiviti yang kita kena lalu kawasan becak, kena lalu sungai, kena naik tangga/jambatan licin. So carilah kasut yang bersesuaian dan tidak licin. Aku dan family semua pakai hiking shoes aje.

Inilah kasut kami ber5
 8. Duit

 Cash perlu bawa secukupnya sebab takde ATM kat sini. Penginapan dan tour boleh dibayar guna cash/debit card/credit card. Selain daripada pembayaran di pejabat Mulu, semua guna cash.

 9. Makanan

 Ada sebuah café di Mulu Park ni. Kalau ikutkan makanan senang, sediakan duit aje. Tapi kebanyakan pekerja kat sini orang local so kebanyakannya bukanlah beragama Islam. Aku ada rasa sedikit was-was dengan makanan yang ada ayam atau daging. Tapi dalam menu kat cafe ada vegetarian food dan fish, bolehlah makan yang tu. Aku bawa gak bekal maggi, nasi gorenga Brahim’s, nasi biryani Brahim’s, biskut dan lain-lain, takdelah makan kat café sangat. Ada skali lunch dan skali dinner kat café tu.

 10. Apa yang wajib dibawa?

 Aku rasa ini antara barang2 yang wajib bawa kalau nak ke Mulu. Lain-lain korang tambah ikut apa yang penting kat korang.

– Torch light

– Rain coat

– First aid

– Beg kalis air

– Gopro/kamera kalis air

– Extra stokin (kot2 basah)

– Air Mineral (kalau beli kat café RM6/botol saiz besar)

 Kamera tu kalau rasa nak bawa DSLR boleh aje cuma cari cara nak protect kalau hujan atau susah skit ambik gambar kalau hujan. Gopro paling best kot sebab kecik dan tahan lasak.

 

Take Note: Maxis – line not available, Celcom – SMS only. Kalau nak WIFI boleh beli kat office National Park. Harga RM5/day. Line oklah klu nak berwhatsapp tapi upload image kat FB/IG/WA mmg agak slow.

  

Kalau korang perasan kat atas aku ada cerita yang aku beli fligh ticket Malindo Air kan? Tapi lagi 2 minggu nak fly dapat SMS dr Malindo yang akunya flight retimed dari pukul 8am ke pukul 2pm. So nak tak nak aku kena cancel flight Malindo sebab pukul 2pm aku sepatutnya dah fly ke Mulu dari Miri. Aku memang dah prepare kena bayar mahal sebab last minute kot nak cari tiket lain.

 

Alhamdulillah bersyukur sangat pada Allah. Kebetulan time tu AA buka promo walaupun tak semurah Malindo tapi aku dapat harga RM79 (KL-Miri), RM99 (Miri-KL). Maybe tak murah sangat bagi korang tapi untuk last minute booking aku kira murah ler harga tu. aku bajet beratus harga tiket untuk one-way. Dah memang jodoh dengan AA, masa aku tulis entry ni, aku dah dapat duit refund dari Malindo. Aku dapat full refund sebagai total hours retimed aku melebihi 2 jam.

Kat bawah ni aku share total budget yang aku belanjakan untuk trip ke Mulu ni.  Budget ni adalah total untuk 5 beranak ya sebab takut terkejut plak tgk amount tu hehehehe.

Insya Allah next entry pasal aktiviti2 aku kat Mulu plak.

Till then c u in my next journey, Insya Allah……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s