All about food – Korea

Actually aku bukanlah arif sgt pasal Korea ni, tapi suka sgt klu dapat share serba sedikit knowledge yg ada.  Alhamdulillah dgn soalan2 dan support dr pembaca FB AzuraTravelogue.  Mana yang boleh dibantu, saya akan bantu.  Entri kali ni just nak share pasal food kat Korea since ada yg request.  Better saya share kat blog instead of PM kan? 😉😉😉. Boleh gak org lain baca for future reference (jika sudi hehehe)

Most of the time kat korea aku bawa bekal untuk lunch since kdg2 kita tak tahu by lunch tu kat mana?; ada ke tak muslim restaurant?  Realiti dalam musafir slalunya tak sama macam itinerary.  So sediakan payung sebelum hujan 😀😀😀

1. Brahim’s

Apa yg perlu bawa dari Msia? Aku bawa pek makanan Brahim’s (cth: nasi goreng ikan masin, lauk kari daging dll), makanan dalam tin Adabi.  Just panaskan dalam microwave atau mini cooker. Lepas tu masukkan dalam tupperware atau sealed plastic bag.

pelbagai jenis makanan pek nrahim’s (gambar dari google)
sealed plastic bag (gambar dari google)

Tips: aku advice discuss dgn travel buddy supaya tak bawa benda yg sama. Nanti boleh share dan pelbagai skit lauk.


2. Nasi Korea

Aku memang suka sgt nasi Korea, dan memang takyah pening pasal nasi sebab senang nak dpt nasi segera ni kat convenient store.  At least lunch kenyang gak ler makan nasi dan takyah susah2 masak nasi.  Perut melayu ni mmg slalu nak nasi hehehehe.  So dr Msia klu bawa sambal ikan bilis gan serunding aje pun dah cukup nak makan dengan nasi Korea.

Cara nak masak; just buku skit aje kat bucu bekas tu (ikut penanda) then panaskan dalam microwave selama 1.5 – 2 minutes.

masa ni kitaorg borong nasi korea kat 7E

3.  Nami Island

Kalau pegi Nami Island boleh plan lunch kat sana.  Ada 2 restaurant halal so tak perlu risau nak bawa bekal.  Bawa duit aje tapi klu nak jimat boleh bawa bekal lepas tu berkelah kat tepi tasik tu.  Mcha rajin bawa bekal nasi dan lauk, so kitaorg makan bekal yg Mcha bawa.  Tapi lepas tu kitaorg beli nasi goncang dan tapau utk bekal masa dinner. Sejuk2 ni mmg cepat lapar.

 

berkelah lepas berbasikal… siap bawa pinggan tu. tq mcha 😍😍
 
 
  
korean halal food
 
restoran jual nasi goncang
  
nasi goncang yg simple. harga krw5,000 satu bekas
 

4. Dongdaemun Grilled Fish

Makarel grilled fish mmg sangat glamer.  Boleh dikatakan tempat wajib makan kalau ke Seoul.  Kat Dongdaemun memang terkenal dgn lorong grilled fish ni.

Macam mana nak pegi?

– turun kat Dongdaemun Station (Line 4, exit 8)
– lepas tu jalan terus sampai nampak JW Marriot Hotel belah kanan, then turn right (akan lalu depan entrance lobi hotel)
– jalan terus sampai jumpa 1st bridge Cheonggyecheon Stream, Phwong Hwa Clothing market belah kiri  seberang stream tu.
– belok kanan lepas jumpa bridge tu, masuk simpang pertama belah kiri.
– sepanjang2 lorong tu penuh dgn kedai grilled fish

 

ini kedai grilled fish tu…
 
  
masih tersenyum wpun tgh kelaparan hehehe
  
makarel grilled… harga krw7,000 satu set
 

licin…. sedap dan lapar 😅😅😅

5.  MAKAN Restaurant – Itaewon

Lepas visit DMZ mmg aku plan ke Itaewon untuk lunch kat sana.  Halal food sgt senang nak cari kat Itaewon sebab most of Muslims local atau foreigners ramai yang stay kat sini.  Since nak visit Seoul Central Mosque then lunch terus kat sini.

Macam mana nak pegi?

Turun kat Itaewon Station (Line 6, Exit 3). Lepas tu cari Seoul Central Mosque. MAKAN Restaurant ni ke depan skit lepas entrance ke masjid Seoul. 

nama kedai ni MAKAN tau bukan ajak makan hehehe

 

tak ingat dah nama food ni hehehe
 
 
side dishes…

  
sotong… order satu plate then share ramai2

 
licin 😋😋😋
  
6. Muslim friendly food in Jeju

Boleh rujuk kat website Have Halal Will Travel.
Hopefully entry ni dpt beri manfaat.  Actually banyak lagi halal food restaurant especially kat Itaewon.  Boleh google Insya Allah akan jumpa, aku just share pengalaman aku aje.

C u in my next journey, Insya Allah…
  

4 comments

  1. Salam, betul azura nasi korea tu senang sangat2 nak masak. Pakai microwave 2 minit dah masak. Sedap pulak tu. kalau tak percaya boleh try. Dekat shopee ada jual. Search beastiegurlz. Shop dia jual instant cooked rice ni. Senang dah nak travel mana2 tak payah tunggu gi korea baru boleh beli. Kedai shopee beastiegurlz pun ada.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s