Autumn Trip 2015: Cara untuk ke Nami Island dan Petit France dalam sehari

Entri kali ni aku nak share tips macam mana nak pegi Nami Island dan Petit France dalam satu hari.

Nami Island ni terletak jauh gak dr Seoul, lebih kurang 1.5jam.

Trip ni aku ambik train ITX Cheongchun dari Cheongnyangni Station.  Selain dari Cheongnyangni Station train boleh gak naik dr Yongsan Station.

Secara ringkasnya perjalanan aku mcm kat bawah:

1. Cheongnyangni Station ➡️ Gapyeong Station (40/55 minit) – ITX Train

2. Gapyeong Station ➡️ Namisum/Nami Island (10 minit) – Gapyeong Tour Bus atau Taxi

3. Namisum ➡️ Petit France (25 minit) – Gapyeong Tour Bus atau Taxi

4. Petit France ➡️ Cheongpyeong Station (25 minit) – Gapyeong Tour Bus

5. Cheongpyeong Station  ➡️  Cheongnyangni Station (40 minit) – ITX Train

Ok tak? Rasa2 boleh faham tak? Meh aku cete details setiap step kat atas.

1. Cheongnyangni Station ➡️ Gapyeong Station (40/55 minit) – ITX Train

Mula2 check dulu station mana yang paling hampir atau paling senang nak pegi dari guesthouse, Yongsan Station atau Cheongnyangni Station?

Tiket ITX ni boleh beli online atau beli di counter station.  Kalau nak dapat seat yang selesa better beli online. Bila boleh beli? Tiket boleh dibeli paling awal sebulan sebelum tarikh yang kita nak pegi Nami Island.

Kat bawah ni cara2 nak beli tiket online.

Website LetsKORAIL klik –> SINI

Pilih ‘Rail Tickets’ dan click ‘Online Booking’
Masukkan info macam dalam gambar ni. Departure tu boleh dari Chyeongnyangni atau Yongsan. Arrival mesti pilih Gapyeong
Pilih masa yang sesuai…

TIPS: kalau nak spend masa lama skit kat Nami Island saya suggest ambik train pukul 8.16am.

 

Lepas dah pilih masa then masukkan maklumat macam kat skrin atas. Make sure no passport dan nama betul ya. Nanti masa nak ambik tiket kena tunjuk passport.

 
Masukkan credit card details dan nanti akan dapat confirmation page. Print confirmation page sebab nanti nak kena tunjuk booking details gan passport skali
 


 

tiket itx train, seat number ada kat tiket tu. jangan duduk seat sebarangan
 

 

dalam itx train
 
2. Gapyeong Station ➡️ Namisum/Nami Island (10 minit) – Gapyeong Tour Bus atau Taxi

Bila sampai aje kat Gapyeong Station, terus ke bus stop depan stesen tu.  Ada timetable bas kat tepi bus stop.  Selain Gapyeong Tour Bus, boleh gak ambik taxi kalau malas nak tunggu lama.  Tambang taxi dalam KRW4,000.  Gapyeong Tour Bus plak kena bayar KRW6,000 tapi skali bayar aje.  Simpan tiket tu baik2 sebab bila nak ke Petit France kena tunjuk tiket tu kat driver bus.

Sampai aje Nami Island, enjoy your journey 😉.

Website Nami Island klik –> SINI

Boleh gak baca entri #azuratravelogue pasal Nami Island kat –> SINI

 

gapyeong station… depan station ni ada station bus
 
 
‘Q’ tunggu gapyeong tour bus
 
 
gapyeong tour bus yang aku naik
 
 
boleh tgk bus schedule kat tepi station bus
 

3. Namisum ➡️ Petit France (25 minit) – Gapyeong Tour Bus atau Taxi

Tips: ambik bas 1.15pm atau 2.15pm dari Nami Island

Dah settle round Nami Island boleh tunggu Gapyeong Tour Bus kat depan 7E. Dari tempat tiket Nami Island tu kena jalan terus.  Kalau tak sure boleh tanya Information Office.  ‘Q’ utk tunggu bas panjang so sabarlah beratur ya.  Kalau nak naik taxi pun boleh, seberang jalan dari 7E tu beratur taxi.  Harga taxi ke Petit France agak mahal gak ler dalam KRW17,000/taxi.  Tambang ikut meter so plus minus lah harga tu.

cari 7e ni untuk tunggu gapyeong tour bus ke petit france

Entri #azuratravelogue pasal Petit France kat –> SINI 


4. Petit France ➡️ Cheongpyeong Station (25 minit) – Gapyeong Tour Bus

Untuk ke Cheongpyeong Station tak perlu melintas jalan, just tunggu kat bus stop yang dekat dgn jalan belah Petit France.   Make sure tiket tour bus ada.

Tips: ambik bas pukul 5.40pm atau 6.40pm

 

station bus kat petit france untuk ke cheongpyeong station
 



5. Cheongpyeong Station ➡️ Cheongnyangni Station (40 minit) – ITX Train

Tiket ITX balik Seoul beli online.  Step utk beli online sama macam atas (#1), cuma departure pilih Cheongpyeong, arrival plak pilih Cheongnyangni.

Nak beli tiket train ITX pukul berapa? Depends ambik bas pukul berapa dari Petit France.   Katalah naik tour bus pukul 5.40pm, then sampai Cheongpyeong dalam pukul pukul 6.10pm.  So pilih tiket train selepas pukul 6.10pm.  Kalau boleh letak buffer skit sebab takut rush plak nanti atau tour bus terlambat sampai.

cheongpyeong station

So macama mana? Dah dapat idea nak ke Nami Island dan Petit France tu? Timing tu pandai2 korang adjust yek. Kalau taknak ke Petit France pun boleh.  Ada lagi satu tempat yg menarik klu nak pegi selain dari Petit France –> The Garden of Morning Calm.  Saya tak pegi tapi klu tgk kat google cantik gak tempat tu.
   

view dari dalam itx train
  
view dari dalam itx train
 
 
Till then c u in my next journey, Insya Allah….

6 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s