Salam semua…
Entry kali ini aku nak suggest satu apps yang sangat bagus untuk Muslim Traveller. Alhamdulillah dan semoga developer apps ni sentiasa dikurniakan Taufik dan Hidayah Allah. Semoga kita sama2 dapat manfaat dengan menggunakan apps ini.
HALALTRIP
Inilah nama apps yang aku nak promote. Pengguna android atau IOS boleh download kat store masing2 ya.

Entry kali ni aku nak highlight 3 functions aje iaitu function yang paling aku suka.
1. Prayer times for your next flight
Function ni paling best sebab kita boleh tahu waktu solat masa kat atas flight. Aku percaya ramai yang mempunyai masalah untuk tentukan masa solat kat atas flight sebab kita kadang2 tak tahu kat negara mana. Slalu main agak2 based on cahaya matahari.
So Insya Allah dengan apps ni kita dapat solat dalam waktu yang betul.
Bila dah set semua details, waktu solat dan arah kiblat boleh view walaupun offline. Kalau takut lupa boleh set reminder waktu solat kat setting.
2. Halal Food Spotter
Function ni bukan sahaja menyeneraikan kedai yang menjual makanan halal tapi kita pun boleh upload gambar makanan dan nama kedai untuk dikongsi dengan traveller lain. Sharing is caring 😍😍😍
Dengan adanya food spotter ni takdelah pening sangat kita nak cari halal food.
3. Travel Dua
Lepas ni takde lagi alasan untuk baca doa…
‘Aku tak hafal ler’
‘Banyaknya doa nak hafal’
Dengan apps ni korang buka aje lepas tu baca. Boleh set reminder kat setting kalau takut lupa.
Doa yang ada dalam apps ni kira memadai dan semua doa tu berkaitan dengan travel.
So itulah 3 function yang aku suka, mayb korang suka function lain. Tapi overall semua functions yang ada memang sangat berguna.
Aku harap lepas baca review aku yang tak seberapa korang cepat2lah install yek. Kalau tak travel pun boleh guna kat Malaysia especially kalau nak cari masjid.