Masih lagi sekitar Day 1: 21.04.2015
Arc de Triomphe ni adalah sebuah tugu sebenarnya macam Tugu Negara kita. Ini pun tempat wajib datang kalau dah sampai Paris. Banyaknyalah tempat wajib hehehe apa2 pun ikut koranglah wajib ke tak yang penting enjoy the trip.
Kalau nak tau kat atas Arc de Triomphe tu ada observation deck. Kalau setakat nak ambik gambar kat bawah tu free aje. Kalau nak naik obervation deck kena bayar €9.50/adult tapi kalau korang beli Paris Pass, it’s free.
Monumen ni dibuka setiap hari dari 10am – 10.30pm. Takde lif ya klu nak naik atas monumen. Bertabahlah naik tangga sebanyak 284 anak tangga. Mencunggap jugalah…. Chaiyok!
Info lanjut Arc de Triomphe boleh baca –> kat sini








Mayb nampak macam monumen biasa aje tapi untuk aku yang suka tgk tempat org berbaloi gak ler sebab yang paling best dapat naik atas monumen tu. Boleh nampak Paris dan spot untuk ambik gambar yang sangat cantik. Kalau malam mesti lagi cantik yek…
Lepas tu kitaorg pegi ke Champs Elysees plak. Walaupun aku tak suka shopping tapi masa travel nilah untuk kita belajar give and take. Kalau asik nak ikut apa yang kita suka aje then better jalan sensorang. Kan? Paling penting semua happy 😀
One comment